Sahabat..

Monday, January 31, 2011

penantian ku..



Entry aku kali ni ringkas sahaja. Berkaitan dengan diri aku untuk hari ini.

Start pagi tadi tiada apa yang berlaku, cuma 'sambutan' kepala botak aku ni di luar jangkaan aku. Pergi ke kelas dengan kepala ala-ala sami di Batu Cave. Kawan-kawan aku apa lagi, menyakat aku la ber'modal'kan kepala botak aku ni. Ada yang kata BURUK, ada yang puji COMEL (golongan wanita), ada yang terkejut. Tak kurang juga ada 'feedback' positif, mereka cakap SMART, HENSEM, KACAK, MACHO.

Waahh.. dah macam juri-juri pengkritik semua orang ni. Tapi apa-apa pun, kita tak boleh nak tutup mulut orang lain melainkan diri mereka sendiri.

aku yg pakai baju lengan panjang tu haa..
(2 org kwn aku tu pun botak jgk)

Malam tadi, aku dapat ber'chatting' dalam laman sosial, facebook dengan seorang junior merangkap adik angkat aku ketika aku di sekolah bintang. Semenjak 2008 aku meninggalkan bumi sekolah bintang itu, aku dapat jumpa dia hanya 2 kali je. Sekali ketika ambil result SPM pada 2009, kali terakhir pada 2010 ketika lawatan aku dan kawan-kawan lain ke sekolah tersebut.

Malam tadi rancak juga la kami ber'chatting', sampai lewat malam. Banyak cerita kami kongsi. Sebelum kami menutup 'chatting' kami tu, kami rancang nak sambung ber'chatting' lagi malam esoknya, kira malam ni la. So, aku pun ok je.

Nak dijadikan ceritanya, petang tadi aku terperasan yang adik angkat aku tu dah di'deactive'kan 'profile' facebook dia dan dia buat yang baru. Dalam hati aku tertanya-tanya juga la kenapa dia buat macam tu. Dia cuba mengelak daripada aku ke? Kalau betul, kenapa 'profile' facebook baru dia masih guna nama dia yang sebenar. Kantoi la nanti. Dah la dia pun tak 'add' aku sebagai kawan facebook dia. Menambahkan kemusykilan dalam diri aku ni. Chewaahh.., bersastera la pulak.

Aku tunggu malamnya, mana lah tahu dia hantar apa-apa berita untuk bagitahu tentang apa yang berlaku semua ini. 'Last-last' aku hantar mesej tanya dia 'online' ke tak, dia jawab tak tahu lagi sebab dia ada kerja. Berdasarkan mesej yang dia balas tu, menunjukkan antara kami tiada apa-apa masalah. Tapi tak tahu la yang tersiratnya bagaimana. Mungkin betul dia mahu mengelakkan diri daripada aku. Tuhan aje yang tahu.

Apa-apa pun yang terjadi, aku harap aku masih dapat berhubung dengan adik angkat aku itu lagi.

Sunday, January 30, 2011

kem pertahanan awam..

Aku baru pulang dari Kem Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Seremban, Negeri Sembilan. Kem yang dijalankan selama 4 hari bermula hari Khamis, 27/1/2011 hingga Ahad, 30/1/2011 itu disertai oleh kolej aku iaitu Kolej Profesional Mara, Beranang dan Kolej Mara, Seremban. Program ini adalah sebahagian daripada ko-kurikulum di kolej aku.

Hari pertama aku di sana, tidak berapa sempurna sebab banyak perkara yang tidak menyenangkan hati aku. Contohnya dapat jurulatih yang garang. Aku memang tak boleh kalau dapat tenaga pengajar yang garang-garang ni.
Seperti biasa, peserta kem wajib membotakkan kepala mereka termasuk aku. Jadi, secara terpaksanya aku merelakan rambutku dibotakkan oleh jurulatih di sana. Kira nampak la ke'bulat'an bentuk kepala aku.

sebelum di'botak'kan (senyum) ..


selepas di'botak'kan (susah nak senyum)..

Ada kes yang mana 5 orang peserta telah dihantar pulang dan gagal untuk meneruskan kem ini sebab mereka tidak mahu dibotakkan kepala mereka. Aku pun hairan, ada juga manusia yang mementingkan rambut daripada masa depan mereka. Sebab tanpa kelulusan daripada kem ini, peserta tidak boleh menghabiskan pembelajaran mereka di kolej mereka. Nasib baik mereka dipanggil terima kembali untuk meneruskan kem ini.
Bagaimana denga rambut mereka?
Akhirnya, mereka juga botak seperti peserta-peserta lain.

'mesin botak'..

Antara akitiviti lain, cara melepaskan diri daripada bangunan yang terbakar. Para jurulatih menunjukkan simulasi sebenar bagaimana jika kita ingin melepaskan diri apabila berlaku kebakaran. Jadi, aku cerita secara ringkas la tentang caranya.
  • Tutup hidung dengan kain yang basah bagi menghalang asap daripada memasukinya. Kita boleh membasahkan kain itu dengan air yang ada berhampiran dengan kita seperti air mineral. Jika tiada, kita boleh meludah ke kain itu. Jurulatih itu ada pesan, pilihan terakhir untuk membasahkan kain itu adalah dengan kencing ke atasnya.
  • Merangkak, cari dinding yang paling kanan.
  • Dalam keadaan yang panik seperti itu, sudah tentu kita tidak dapat melihat kerana asap yang tebal. Jadi, untuk mencari jalan keluar, kita perlu meraba-raba dinding yang paling kanan itu menggunakan belakang telapak tangan kanan.
  • Tangan kiri digunakan untuk menutup hidung.
Aktiviti lain, kawad kaki. Secara keseluruhan aku berjaya melakukan kawad tersebut dengan bantuan jurulatih, Sarjan Syam. Aku dan peserta lain juga diberi pendedahan tentang CPR, jadi sedikit sebanyak aku dapat menimba ilmu pegetahuan bagaimana untuk memberi pertolongan awal kepada mangsa. Simpulan dan ikatan juga diajar oleh jurulatih.

Kami tidak berkesempatan untuk bersukan atau beriadah di waktu petang kerana kesuntukan masa. Sebab itu, ada ketika masanya kami terlewat menghadirkan diri ke program-program yang telah ditetapkan. Pada malam terkahir, diadakan ujian bagi menentukan kami ini lulus atau tidak dalam kem JPAM ini.

Di sana juga, aku berkesempatan bertemu semula dengan kawan seperjuangan aku ketika di sekolah bintang iaitu SYAHMI@BOO dan FIRDAUS@FIDO. :)
Penginapan kami di sana ditetapkan di dorm di bawah tanah. Jadi, tiada alasan untuk mengatakan tempat tidur kami tak selesa, kerana dorm tersebut mempunyai penghawa dingin.

Akhir sekali, aku berterima kasih kepada semua jurulatih kerana mengajar dan memberi ilmu kepada aku tentang teknik-teknik memberi bantuan kecemasan.


wajah botak..

the most memorable moment contest..

Assalamualaikum..

Saya terbaca sebuah blog yang menganjurkan satu contest yang bertajuk "THE MOST MEMORABLE MOMENT CONTEST".
Encik Areef, empunya kepada blog ini dan merangkap sebagai penganjur contest ini.


Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Dimulakan dengan kalimah tarhibiyyah
At-tahiyyah bi tahiyyatul Islam

Dengan lafaz yang mulia
BismilLahir RahmanirRahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Saya dengan rasa rendah dirinya ingin menganjurkan :
"The Most Memorable Moment Contest"

Tujuan saya menganjurkan contest ini
Adalah semata-mata untuk mempromosikan blog saya ini
Di samping untuk menambah kenalan
Dalam kalangan rakan-rakan blogger di luar sana
Salam perkenalan, salam ukhwah dan salam persahabatan!

Bagaimanakah contest ini akan dijalankan :

  • Anda perlu upload sekeping gambar yang bertemakan "The most memorable moment".
  • Tak kiralah samada ianya dalam mod sedih, gembira, menyayatkan hati dan sebagainya yang memberikan erti yang cukup bermakna buat hidup anda.
  • Dan meninggalkan kenangan yang pasti sukar untuk dilupakan.
  • Di bawah gambar tersebut pula perlu disertakan nukilan.
  • Yang berkaitan dengan "the most memorable moment" tersebut (Mengikut kreativiti masing-masing).
  • Tulislah dari lubuk hati yang ikhlas sebagai penzahiran rasa yang cukup mendalam.

Syarat-syarat untuk menyertai contest ini :

  • Terbuka kepada semua blogger dalam dan luar negara.
  • Contest ini bermula mulai jam 0900 malam 24 Januari 2011.
  • Dan berakhir pada jam 0900 malam 06 Februari 2011.
  • Keputusan in sya Allah akan diumumkan pada jam 0900 malam 09 Februari 2011.
  • Hanya satu gambar sahaja yang akan dipertandingkan.
  • Anda perlu menjadi salah satu subjek di dalam gambar tersebut.
  • Perlu disertakan banner contest di atas di dalam entri penyertaan anda.
  • Banner contest tersebut perlu dilinkkan ke entri ini.
  • Tinggalkan link entri penyertaan anda pada bahagian komen di bawah entri ini.
  • Jenis kamera bukan menjadi syarat.
  • Anda juga boleh melakukan photo modification pada gambar yang dipertandingkan. (Namun, ia tidak termasuk di dalam elemen pemarkahan)
  • Teknik "super impose' adalah dilarang sama sekali.
  • Pemarkahan akan diambilkira berdasarkan gambar yang cukup memberikan erti dan nukilan terbaik yang disisipkan bersama-sama gambar tersebut.
ITU SAHAJA ...

Jadi, saya teringin untuk menyertai contest ini, dan gambar yang saya ingin pertandingkan :


Gambar ini saya 'snap' ketika saya datang melawat ke sekolah lama saya iaitu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. 'Scene' waktu petang ketika semua pelajar turun beriadah di padang.

Sungguh luas padangnya, bukan? Saya selalu menghayati panorama padang ini dan ianya menjadi 'platform' untuk saya merehatkan minda saya setiap kali selepas mengulangkaji pelajaran. 5 tahun saya menuntut ilmu di sekolah itu, selama itulah padang ini menjadi peneman tatkala saya ingin menenangkan fikiran.

Kehijaun rumput yang subur, membuatkan diri saya seolah-olah bebas daripada apa-apa tanggungan bebanan. Ketenangan jelas terasa di hati saya ini apabila dapat menghayati keindahannya.

Dan ianya tidak mungkin akan saya lupakan.

Tuesday, January 25, 2011

fakta-fakta menarik tentang dunia (3)..

  • Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, iaitu sepanjang 6259 km.
  • Bandar Calma di Chile tidak pernah menerima hujan.
  • Orang Perancis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia.
  • "Y" adalah sebuah tempat di Francis.
  • Ada tempat di Jepun dinamakan "O".
  • Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.
  • Lagu kebangsaan Greece mempunyai 158 versi.
  • Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia.
  • Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula dicipta di England pada 1965.
  • Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.
  • 1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia.
  • Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.
  • Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498.
  • Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.
  • Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Monday, January 24, 2011

angin sepoi-sepoi bahasa..

Semalam, tatkala aku ingin melelapkan mata untuk tidur, tiba-tiba angin sepoi-sepoi bahasa menerjah masuk melalui tingkap rumah sewa aku.
Kedinginan angin itu jelas terasa oleh tubuh badan aku. Aku kemudian menarik selimut dan cuba untuk tidur. Namun gagal.

Dan pada saat itu juga, ingatan aku terus melayang mengingatkan kembali suasana malam di sekolah bintang aku apabila semua pelajar sedang tidur. Aku masih ingat, malam yang tenang diselangi dengan angin yang meniup menemani aku untuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi SPM.

angin dari padang yang cukup untuk melenakan pelajar..

Bayu angin yang dingin dari padang yang luas terus menerjah masuk melalui tingkap-tingkap asrama sekolah bintang aku. Dan aku yakin, tiada seorang pelajar pun yang boleh terjaga dari tidur dek kerana tiupan angin yang lembut itu.
Aku sendiri selalu termenung di tingkap dorm aku, membiarkan tubuh badan aku dicucuk angin sejuk. Ketika itulah, aku dapat rasakan seolah-olah semua bebanan yang ada dalam diri aku lenyap untuk seketika. Tenang.

Sehinggalah ke hari ini, aku mungkin tidak akan dapat untuk lupakan suasana malam di sekolah bintang aku.

Friday, January 21, 2011

fakta-fakta menarik tentang dunia (2)..

Sebelum ini, aku ada kongsi info tentang fakta yang agak menarik tentang dunia kita ini. Sila klik di sini.
Dan berikut adalah sambungan daripada yang lepas.

  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangitnya.
  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau dan itumenjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  • Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi kerana ekornya itu bertindak sebagai 'spring' semasa haiwan itu melompat.
  • Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran dan produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
  • Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali planet Venus.
  • Nisbah bagi semut adalah satu juta bagi setiap orang manusia di muka bumi.
  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
  • Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri.
  • 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero Oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorft Senior' adalah nama yang paling panjang.
  • Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci.
  • 0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.
  • Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tetapi cuma 6 orang yang tercedera.
  • Bolivia mempunyai dua buah ibu negara.
bersambung ..

Monday, January 17, 2011

kisah demam campak..

Pagi ini aku baru membantu rakan baik aku pulang ke hostel kerana beliau demam. Kira 'escort' dia la. Tanggungjawab sebagai kawan, perlu membantu antara 1 sama lain.
Keadaan dia yang agak tenat merisaukan aku.
Sebelum ini pun, dia dah bercuti selama seminggu. Mungkin tempon masa itu masih belum cukup untuk beliau sembuh dengan sepenuhnya.

Kejadian itu mengingatkan aku kembali tentang 1 kisah yang pernah terjadi ketika aku masih berada di tingkatan 5 di sekolah bintang. Kejadian yang berlaku melibatkan diri aku sendiri dengan seorang 'junior' aku tingkatan 1, Marwan. Dia ini boleh dikira sebagai 'adik' aku la sebab dia agak rapat dengan aku.

Petang Rabu, aku terlihat Marwan berehat di bilik rehat sembil menonton televisyen tapi keadaan dia yang agak lemah menimbulkan tanda tanya dalam diri aku.
"Dia tak sihat ke?" hatiku bertanya.
Untuk mendapatkan kepastian, aku panggil dia dan bertanya kalau-kalau dia ada apa-apa masalah.
Dia jawab yang dia ok aje namun aku masih tak berpuas hati dengan jawapannya.
Tiba-tiba aku terlihat sesuatu pada leher Marwan seperti 'sebutir' air bisa. Dia cuba menutupnya dengan tangan tapi sempat aku tahan.


Rupa-rupanya Marwan terkena demam campak. Dalam hati aku dah mula takut. Aku tak bagi dia pergi prep petang, hanya berehat dalam dorm. Tapi dia berdegil mahu pergi jugak, aku pun tidak boleh nak buat apa-apa la. Kehendak dia, mana mungkin aku boleh nak paksa dia.

Selepas pulang dari prep petang itu, Marwan hanya berehat di atas katil dan suhu badan dia dah mula naik. Panas.
Hati aku pun dah mula risau dengan keadaan dia.
Malamnya, aku hanya bagi dia sebiji Panadol sebagai langkah awal untuk demam campak dia. Dan suhu badan dia masih panas, kesan campak pada tubuh badan dia pun dah mula ada. Sepanjang malam aku menjaga dia, tanggungjawab 'abang' terhadap 'adik'. Chewaah...

Pagi Khamis, aku membawa Marwan berjumpa warden yang bertugas untuk membawanya ke klinik. Bas atau 'coaster' yang digunakan untuk membawa pelajar yang sakit ke klinik bertolak pada pukul 8.30 pagi. Aku teman di menunggu dan selepas semua selesai, baru la aku masuk ke kelas. Aku sedar yang aku dah lewat, tapi takpe la. Pandai-pandai la aku jawab dengan cikgu tu nanti.
Malamnya, keadaan Marwan masih lemah dan aku perlu menjaganya lagi. Aku bagi dia makan ubat yang doktor bagi, dan dia hanya berehat sepanjang malam itu.

Jumaat, kebetulan sekolah aku bagi cuti hujung minggu untuk pelajar-palajar pulang ke rumah. Mana rumah yang dekat, boleh la pelajar pulang dan mana pelajar yang rumahnya jauh, lupakan la untuk pulang. 'Stay' di sekolah aje.
Aku cadangkan supaya Marwan pulang ke rumahnya di Kelantan. Yelaa., walaupun jauh, aku yakin dia akan dapat keperluan yang secukupnya untuk dia sembuh dari demam campak itu.

So, petang Jumaat itu, dalam pukul 6.30 aku hantar dia ke stesen bas Medan Gopeng. Selepas beli tiket, kami sembahyang maghrib di surau yang disediakan. Kalau tak silap aku, waktu bas bertolak ke Kota Bharu yang tertera pada tiket bas itu ialah pada pukul 10 malam.
Sebelum menaiki bas, aku ajak Marwan makan. Perjalanan jauh, badan mesti bertenaga.

Berselera dia makan malam itu. Yelaa.. 2 hari tak makan makanan berat. Alhamdulillah, senang hati aku tengok. Kami berborak panjang sambil menunggu waktu bas bertolak.
Ketika jam hampir menunjukkan pukul 10, dia bersiap-siap untuk ke platform yang ditetapkan.
Saat dia menaiki bas, aku berdoa dalam hati agar keadaan dia baik-baik sahaja tanpa ada masalah. Bas pergi meninggalkan Medan Gopeng, juga meninggalkan aku.

Aku mengambil teksi untuk pulang semula ke sekolah. Ketika itu, macam-macam bermain dalam fikiran aku. Fikir tentang keadaan Marwan, dan yang paling penting fikir macam mana nak masuk ke kawasan sekolah itu semula.
Kalau nak panjat pagar, macam tak sampai hati.
Kalau nak ikut pintu hadapan, nak jawab apa dengan 'pak guard'?
Kalau tak masuk langsung, nak tidur kat mana?
Last-last, aku ambil keputusan untuk masuk melalui pintu hadapan. Dengan cara 'halal'.
Berhentinya teksi di pintu utama sekolah, jam hampir menunjukkan pukul 11 malam.

"Hah.. Kamu 'fly' ke?.." Tanya 'pak guard'.

Dengan tenangnya aku menjawab,
"Ingat nak balik rumah, bang, tapi tiket bas dah habis la. So, nak tak nak kena balik sekolah semula.."

"Ohh, kesian kamu..." Itu je yang keluar dari mulut 'pak guard'.

Aku pun terus pulang ke dorm. Tapi dalam hati pun ada rasa bersalah jugak sebab tipu 'pak guard' itu.
Malamnya aku rasa tak senang hati dengan apa yang terjadi hari itu.
"Camne la adik aku tu..? Harap-harap dia ok-ok je.." hati aku berbisik.

Alhamdulillah. Sekembalinya Marwan ke sekolah, keadaan dia dah sembuh sepenuhnya walaupun parut daripada kesan camapak itu masih ada. Gembira aku.
Dan dia menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang pelajar sekolah bintang.

Kisah ini akan aku ingat sampai bila-bila.

ampun cikgu..

Pernah sekali aku komen di dalam blog cikgu aku, HOK SENGOTI. Komen aku itu mengandungi unsur semangat ke atas kekalahan pasukan sekolah aku dalam 1 kejohanan hoki di Ipoh.
Yang aku tersilapnya, aku boleh menyatakan nama sekolah tersebut.

Aku perasan yang cikgu aku hanya menggelarkan sekolah itu sebagai 'sekolah bintang'. Tapi entah macam mana aku boleh pulak 'mention' nama sekolah itu.
Bukan niat aku untuk mengaibkan, tapi aku berbangga dengan sekolah aku itu. Walau apa pun yang terjadi, aku tetap bangga dengannya.
Sekolah yang terletak di Ipoh itu memang hebat, 5 tahun aku menuntut ilmu di situ sejak 2004.

Selepas ini, mungkin aku pun akan menggelarkan sekolah aku itu sebagai 'sekolah bintang'.

Buat empunya blog HOK SENGOTI, saya memohon maaf atas ketersasulan saya 'menaip' nama sebenar 'sekolah bintang' itu. Tiada niat apa-apa, cuma kesilapan yang tak disengajakan oleh saya.

Sunday, January 16, 2011

fakta-fakta menarik tentang dunia (1)..

Antara fakta yang menarik tentang dunia :

  • Apabila seseorang itu bercakap, secara puratanya, 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan boleh hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata yang berbahaya.
  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad 'D' iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.
  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf 'A'.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  • Kerosakan otak boleh berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya di muka bumi.
  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatatkan.
  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Friday, January 14, 2011

pengalaman pertama bersama 'roadblock'..

Untuk pertama kalinya dalam tahun ini, aku menaiki motosikal aku untuk ke Kajang. Perjalanan yang mengambil masa selama setengah jam.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Tiada apa-apa masalah, cuma ada 1 perkara yang menarik perhatian aku. Aku berjaya melepasi 'roadblock' polis.


Masa itu aku dalam perjalanan balik ke Beranang. Dari jauh aku perasan yang trafik semakin perlahan, hati aku berbisik mungkin ada kemalangan di hadapan. Aku tak fikir ada polis buat 'roadblock' sebab sebelum ini memang tiada langsung 'roadblock' yang polis buat.
Tiba-tiba seorang anggota polis suruh aku 'stop'. Dia tu agak bermisai macam 'Sarjan Misai'.

Soalan yang biasa ditanya,

" Tengok lesen.."

Aku pun tunjuk la lesen aku. Lepas itu, dia minta nak tengok 'roadtax' pulak.
Kebetulan 'roadtax' motor aku ada pada kunci, so takde la susah-susah aku nak tunjuk pada dia.
Lepas dia berpuas hati, dia lepaskan aku.

Alhamdulillah...
Yang kelakarnya, selama aku menaiki motosikal ni, aku tak pernah pun bertembung dengan mana-mana 'roadblock'. Inilah kali pertama, pendek kata kira sebagai pengalaman pertama mengharungi sekatan jalan raya, chewaahh..

Ingatan kepada yang lain dan diri aku sendiri, berhati-hati di jalan raya.

Thursday, January 13, 2011

entry lewat (sehari) : malang tidak berbau..

Hari ini hari Khamis, 13 Januari 2011.

Banyak perkara yang tak sepatutnya berlaku hari ini yang agak memalukan aku :
  • Awal pagi tadi, aku tergelincir berhampiran dengan longkang. Time tu aku on the way nak gi kelas Database. Nasib baik tak jatuh, dan yang paling penting nasib baik takde orang tengok.
  • Tak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh lecturer Database aku. Soalannya senang, tapi aku yang tak dapat jawab. Bengang gila aku. Geram.
  • Tak perform dengan baik time buat presentation. Banyak salah, dapat banyak kritikan dari lecturer. Down gila.
  • Mengantuk dalam kelas.
  • Susah nak menjawab soalan yang diajukan oleh lecturer English aku. Soalan itu tentang definisi 'meeting'. Ingat, tapi bila nak jawab tu, tiba-tiba lupa.
  • Kena daftar semula kursus yang aku ambil. Aku ingat semua dah setel dah. Tapi tiba-tiba lecturer bagi tahu yang ada kesilapan teknikal. So, kena daftar semula.
  • Tak dapat nak pergi bank sebab hujan. So, postpone lagi la aku nak bank-in cek aku yang tertangguh selama 2 bulan tu. Last-last, aku tidur.
  • Tapi sebelum tidur tu, aku update blog jap. Tengah syok-syok update blog kesayangan aku nie, hujan turun selebat-lebatnya, dengan ributnya. Cuak gak aku, takut tiba-tiba blackout, aku pasang battery laptop. Ingat battery tu ada power lagi, aku terus tutup suis plug. Terus terpadam laptop aku. Rupa-rupanya battery tu 'kong'. Aduyaaii..
  • On the way ke Tesco untuk keluarkan duit, tayar depan motor aku pancit. So, aku bawak la slow-slow sampai ke bengkel. Kos baik pulih = RM10.
  • Malamnya pulak, aku terkejar-kejar masa dek kerana futsal. Sampai semua kerja aku tak berapa nak sempurna. Tapi selesai jugak akhirnya.
Ingat, tak setiap hari kita menjalani kehidupan seperti sedia kala. Ada jugak masanya kita menghadapi sesuatu yang berada di luar jangkaan kita.

Tuesday, January 11, 2011

CAC 5511 : akhirnya kita bertemu..


Akhirnya, motosikal kesayangan aku menyentuh tayarnya di bumi Kajang.
Perjalanan yang jauh dari Kuantan mengambil masa selama 7 hari sejak minggu lepas. Mungkin menggunakan lori, Nationwide Express telah berjaya membawa motosikal aku dengan selamat.

Dengan bertemankan kawan aku, Shah, selepas selesai mengisi borang di kaunter pengambilan barang, aku terus memanaskan enjin motosikal yang tak berapa nak panas lagi.
Cek tayar, OK. Minyak, kurang OK. Lampu depan dan belakang, OK. Signal kiri dan kanan, TAK OK.

Hmmm... mengeluh hatiku.
"Dia buat hal lagi.."

Signal motosikal tu memang ada masalah sikit. Entah apa yang tak kena aku pun tak tahu. Nak taknak, bawak juga la moto tu. Takkan nak tinggal situ kot.
Dalam perjalanan balik itu, hati aku tak tenang fikir pasal signal tu. Fokus kepada trafik hilang.
Sehinggalah, aku terbabas.
Aku terlanggar lopak air, terus ke kiri motosikal aku itu. Aku tekan brek. Berdebar juga masa itu.
Shah yang mengekori aku dari belakang terus memberhentikan motosikalnya. Bukannya mahu menolong, tapi ketawa menggelakkan aku.

Sambil menarik nafas panjang, aku menyambung perjalanan balik ke rumah.

Aku rancang mahu menghantar motosikal aku ke bengkel untuk baiki masalah itu. Tengok la kalau keadaan mengizinkan.

Sunday, January 9, 2011

Keputusan FA Cup..


Akhirnya 'Red Devils' berjaya menewaskan 'The Reds'.
Manchester United (MU) terus melebarkan penguasaan mereka musim ini dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan bermasalah, Liverpool.

Pengadil perlawanan, Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti kepada MU apabila penyerang mereka, Dimitar Berbatov dijatuhkan dalam kotak penalti.
Ryan Giggs tidak mensia-siakan peluang dengan mengambil sepakan itu seterusnya memberikan gol kemenangan kepada MU.

Kapten Liverpool, Steven Gerrard dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana mengasari pemain MU, Michael Carrick.
MU berpeluang menggandakan kelebihan mereka namun percubaan Jonathan Evans terkena tiang.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Antara keputusan lain :

Arsenal 1-1 Leeds United
Fulham 6-2 Peterborough United
Stevenage 3-1 Newcastle United
Scunthrope United 1-5 Everton
Tottenham Hotspur 3-0 Charlton
Millwall 1-4 Birmigham City
Blackburn Rovers 1-0 Queens Park Rangers
Bolton Wanderers 2-0 York City
Brighton 3-1 Portsmouth
Hull City 2-3 Wigan
Sheffield United 1-3 Aston Villa
Stoke City 1-1 Cardiff City
Sunderland 1-2 Notts Country
West Ham 2-0 Barnsley


sembahyang itu tiang agama..


Entry aku kali ini berkaitan dengan agama kita yang murni lagi suci iaitu Islam. Aku terdetik mahu sentuh bab agama sebab aku ada melakukan dosa pada awal pagi tadi.
Semua manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa.
Pagi tadi aku tertinggal solat Subuh, terlajak tidur. 'Alarm' handphone aku dah bunyi. Dek kerana syaitan yang bergayut pada bulu mata aku, menyebabkan kelopak mata aku menjadi sukar nak terbuka. Tambahan pula dengan perasaan mengantuk aku yang membuak-buak, membuatkan tangan aku tanpa segan-silu menutup 'alarm' handphone aku itu.
Terus tidur tanpa mengerjakan suruhan Dia.

So, berdasarkan daripada apa yang aku cerita, aku percaya masih ramai umat Islam yang di luar sana tidak solat Subuh. Bukan itu sahaja, solat wajib yang lain pun belum tentu mereka lakukan.
Bukan aku nak cakap yang aku ni alim sangat sampai mengata kat orang macam itu, tapi hakikatnya memang macam itu.

Susah sangat ke nak sembahyang nie? Kenapa kita boleh luangkan masa untuk pasangan kita dengan masa yang lama, tetapi untuk sembahyang tidak? Cuba luangkan sedikit masa untuk menghadap Yang Maha Esa. Bukan sampai sejam pun, tak sampai 10 minit dah siap.
Sebab hidup mati kita tetap kepada Dia.
Ustaz aku pernah bercerita, kalau diikutkan sebelum ini jumlah solat untuk umat Islam lakukan seharian adalah 50 waktu. Sehinggalah berlakunya peristiwa dimana jumlah solat berkurangan sehingga hanya 5 waktu sehari. Itu pun kita masih tak mampu lakukannya.

Ibu aku selalu pesan, nak buat apa pun, buat la. Yang penting jangan tinggal sembahyang.

Aku pun ada pesan kat adik-adik angkat aku yang lain, jangan tinggal sembahyang. Dan aku harap mereka tidak meninggalkan sembahyang walau 1 waktu pun.



Allah S.W.T menceritakan di dalam Al-Quran, bahawa ahli syurga, Ashabul Yamiin telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud :

" Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke neraka? Dan mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan yang bersolat."


Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, yang bermaksud :

" Sesiapa yg memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya kepada sesiapa yang tidak memeliharanya, nescaya tiada nur baginya. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir'aun, Haman, dan Ubai bin Khalaf."
Hadis riwayat Ahmad, at-tabrani dan Ibnu Hibban.


Daripada Jabir R.A. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud :

"Sesungguhnya meninggalkan solat adalah (perkara yang menghubungkan) seseorang itu dengan kufur."
Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya.



Aku ada terbaca 1 artikel tentang nisbah dosa meninggalkan sembahyang :

Untuk sembahyang subuh, jika kita meninggalkannya, kita akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka. Tempoh masa itu bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.

Dosa meninggalkan sembahyang zuhur diibaratkan seperti dosa membunuh 1000 jiwa orang umat Islam.

Bagi sembahyang asar pula, dosa meninggalkannya adalah seperti kita meruntuhkan Kaabah.

Jika kita tidak mengerjakan sembahyang maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya( bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).

Dan akhir sekali, jika kita meninggalkan sembahyang isyak, Allah tidak redha kita hidup di bumi ini dan digesa kita supaya mencari bumi yang lain.


Jadi, aku harap Allah teguhkan iman dalam diri aku dan aku juga dapat menjadikan diri aku seorang umat Islam yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Sembahyang itu tiang agama.

Saturday, January 8, 2011

manchester united vs liverpool..


Pusingan ketiga Piala FA 2011 akan menemukan Manchester United (MU) dengan Liverpool. Boleh dianggap sebagai 'Match of The Week' la..

Pengurus Liverpool, Roy Hodgson menaruhkan jawatannya untuk perlawanan ini atas kegagalan beliau mengembalikan semula prestasi Liverpool yg semakin merundum.
Liverpool hanya berkedudukan di tangga ke-12 dalam carta Liga Perdana Inggeris 2010/2011 dan hanya menang 7 daripada 20 perlawanan mereka.

Berlainan pula dengan MU. Mereka berada di tangga teratas liga dengan berkelebihan 2 perlawanan dan tidak pernah tewas selepas 20 perlawanan.
Namun, mereka pernah dibelasah 4-0 oleh West Ham United dalam perlawanan Carling Cup hujung bulan Oktober lalu. Kira kekalahan pertama musim ni la.. :)

Kalau kita tengok atas kertas, MU boleh menang dengan mudah perlawanan ini. Tapi kena ingat, Liverpool yg tengah bergelut untuk bangkit dalam prestasinya menang 2-0 ke atas Chelsea awal bulan Oktober lepas. 1 keputusan yg tak dijangka. Hehehe..

Untuk game ni, akan berlangsung di Old Trafford. So, aku harap MU boleh menang match ini.

Glory, glory Man United...

Friday, January 7, 2011

happy birthday, bapa..

Tanggal 4 Januari, 2011. Tarikh itu merupakan ulang tahun kelahiran ayahanda aku yang tercinta, Mohd. Shariff Bin Sangiring.

Hadiah apa yang aku bagi? Sebiji gelas..
Boleh la ayah aku gunakan untuk minum air kegemaran beliau.
Adik aku pun bagi sebiji gelas sebagai hadiah. Adik-beradik, hadiah mesti sama cuma corak aje lain.
Ibu pula, menghadiahkan 1 set dart kepada ayahanda.
Yela.. ayah aku tu aktif dalam sukan dart, dah berapa kali menang peringkat Pahang. Tapi aku aje yang tak berapa minat terhadap sukan itu.

Moga ayahanda aku bahagia di samping keluarga, dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki.

Aku sayang ayah aku.

happy new year..


Hari ni 7 Januari, 2011. Genap seminggu usia 2011, dan sudah tentu banyak azam bakal tercipta oleh semua manusia.
Banyak kenangan/memori 201o telah berlalu. Ada yang pahit, manis, suka, duka. Dan itu semua mengajar manusia untuk menjadi insan yang lebih baik. :-)

Seperti aku, sudah tentu semua kenangan itu akan menjadi bimbingan dalam hidup aku untuk 2011 ini. Aku harap kehidupan aku akan menjadi lebih baik.

Berbalik kepada azam, tahun 2011 ini aku berazam nak makan banyak sikit daripada biasa. Dengan tubuh fizikal aku yang kurus melidi, dalam hati teringin juga nak bertubuh berisi. Tak kurus sangat, tapi tak gemuk sangat.
Azam lain, aku nak belanja lebih sikit. Tahun-tahun sebelum ini, aku agak berhati-hati dalam bab berbelanja ini. Dengan kata lain, aku ini suka berjimat-cermat. Berjimat-cermat yang melampau. So, aku fikir 2011 ini aku mahu ubah gaya hidup aku untuk berbelanja lebih. Tapi tak la sampai membazir. Membazir tu kan amalan syaitan.

Jadi, aku harap 2011 aku lagi baik daripada 2010 aku yang lepas..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..