Sahabat..

Tuesday, August 31, 2010

merdeka..



2010, tahun ke-53 negara Malaysia yang tercinta ini telah merdeka.
Banyak kemajuan yang berjaya digapai, selain kejayaan yang telah membuka mata negara-negara lain betapa Malaysia boleh bersaing dengan mereka.
Selepas dijajah oleh banyak kuasa asing suatu ketika dahulu, akhirnya Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan pada tanggal 30 Ogos 1957.
Nama telah bertukar kepada MALAYSIA.
Allahyarham Sudirman telah mengabdikan kemerdekaan negara dalam sebuah lagu beliau, yang masih lagi popular dalam kalangan masyarakat.

Bila tiba je hari kemerdekaan, perkara yang sinonim yang akan dilakukan ialah 'countdown'. Diikuti dengan percikan bunga api.
Bangunan-bangunan yang tinggi begitu semangat mengibarkan bendera negara atau lebih dikenali sebagai jalur gemilang.
Tak kurang juga dengan lampu-lampu neon yang cantik menyinari setiap tingkat bangunan-bangunan tersebut.
Pagi 31 Ogos, jalan ditutup bagi acara perarakan kemerdekaan dan lain-lain. Tapi sekarang dah tak boleh lagi nak menganjurkan acara seperti itu sebab bulan Ramadhan.
So, mereka hanya menyambut dengan sederhana.

Aku terbaca blog cikgu aku, Cikgu Shahnun. Tentang sambutan kemerdekaan di sekolah lama aku, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR. Kebiasaannya STAR tak ketinggalan untuk menyambut kemerdekaan negara tiap tahun.
Aktiviti- aktiviti yang selalu dilakukan pada malam sebelum merdeka, tayangan dokumentari, sketsa, sajak, dan syair.
Dan semua aktiviti itu dilakukan oleh pelajar STAR itu sendiri.
Aku pun rindu gak dengan aktiviti seperti itu masa kat STAR dulu.



Sekolah-sekolah juga tak ketinggalan memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang.
Banyak aktiviti yang selalu dilakukan dan pelajar sendiri begitu gembira menyambutnya dengan semangat patriotik yang ada dalam diri masing-masing.

Dan aku mengharapkan negara Malaysia kita yang tercinta ini akan terus maju dengan pembangunan dan aspek-aspek lain seiring dengan negara-negara yang lain.


Merdeka....

Friday, August 27, 2010

2010/2011 UEFA champions league.. (undian)

32 pasukan bola sepak telah diundi ke dalam 8 kumpulan, yang mana setiap kumpulan mempunyai 4 buah pasukan. Undian telah dijalankan pada 26 Ogos 2010 di Monaco.

Berikut adalah keputusan undian tersebut :



Kumpulan A :
> Inter Milan (Itali)
> Werder Bremen (Jerman)
> Tottenham Hotspur (England)
> FC Twente (Belanda)

Kumpulan B :
> Lyon (Perancis)
> Benfica (Portugal)
> Schalke 04 (Jerman)
> Hapoel Tel-Aviv (Israel)

Kumpulan C :
> Manchester United (England)
> Valencia (Sepanyol)
> Rangers (Scotland)
> Bursaspor (Turkey)

Kumpulan D :
> Barcelona (Sepanyol)
> Panathinaikos (Greece)
> Copenhagen (Denmark)
> Rubin Kazan (Rusia)

Kumpulan E :
> Bayern Munich (Jerman)
> AS Roma (Itali)
> FC Basel (Switzerland)
> CFR 1907 Cluj (Romania)

Kumpulan F :
> Chelsea (England)
> Olympique Marseille (Prancis)
> Spartak Moscow (Rusia)
> MSK Zilina (Slovakia)

Kumpulan G :
> AC Milan (Itali)
> Real Madrid (Sepanyol)
> AFC Ajax (Belanda)
> AJ Auxerre (Perancis)

Kumpulan H :
> Arsenal (England)
> Shakhtar Donetsk (Ukraine)
> SC Braga (Portugal)
> FK Partizan (Serbia)

Berdasarkan semua undian itu, aku meramalkan Barcelona dan Arsenal mempunyai peluang yang cerah untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
AC Milan dan Real Madrid perlu bekerja keras untuk menjuarai Kumpulan G.
Bayern Munich dan AS Roma pun perlu bersaing untuk menjadi juara Kumpulan E.
Manchester United, Chelsea tiada masalah selain perlu memberi perhatian terhadap Valencia, Olympique Marseille.
Manakala pendatang baru seperti Tottenham Hotspur mampu memberi saingan sengit dalam kumpulan mereka.

Untuk edisi kali ini, aku tetap peminat Manchester United. Harap mereka terus dengan aksi cemerlang mereka.

Aksi final akan berlangsung di Stadium Webley, London.

Tuesday, August 24, 2010

dugaan..



Banyak betul dugaan yang Allah berikan pada aku.
Aku hanya mampu menerima semua dugaan itu dengan hati yang tabah. Dan menganggap aku adalah insan yang terpilih oleh Allah untuk menghadapinya.

Semenjak dua menjak nie, kewangan aku agak tak stabil. Kekurangan duit untuk belanja membuatkan aku berhati-hati dalam kehidupan aku sendiri.
Tiap duit yang aku ada, akan aku belanjakan dengan bijak.
Dahulukan apa yang penting, dan simpan selebihnya untuk masa mendatang.
Alhamdulillah, hari demi hari rezeki aku makin melimpah ruah. Kadar kewangan aku semakin berada di tahap yang selamat.
Dan aku pegang pada perinsip :
kalau kita ada rezeki lebih, kita kena kongsi dengan orang lain. Kalau tak, kita akan rugi.
So, aku tak teragak-agak untuk bersedekah ke jalan Allah kerana aku percaya Allah telah menjanjikan balasan yang setimpal dengan apa yang aku lakukan.

Pembelajaran aku selama ni pun agak merundum prestasinya.
Aku dah cuba sedaya upaya, tetapi mungkin Allah masih tidak mahu menunjukkan kejayaan aku lagi. Dan mungkin Dia mahu aku berusaha dengan lebih gigih.
Keputusan exam yang aku peroleh, masih belum boleh membuatkan aku menarik nafas lega.
Dan itu menjadikan aku sedar bahawa aku mesti kena berusaha lagi.
So, aku harap Tuhan membuka pintu hati aku dalam pembelajaran aku.

Semua dugaan yang aku terima, tak semestinya buruk.
Adakalanya Tuhan mahu aku sedar akan kelemahan yang aku miliki dan mahu aku memperbaikinya.
Dan adakalanya Tuhan mahu membalas apa kejahatan yang aku telah lakukan dengan menguji aku dengan dugaan-dugaanNya.
Kita sebagai umat Islam, jangan meminta Dia mungurangkan dugaan, tetapi meminta Dia menguatkan semangat dan ketahanan diri kita untuk meghadapi semua dugaan itu.

Wednesday, August 18, 2010

berpuasa di mahligai..

Tanggal 12 Ogos hingga 15 Ogos 2010, aku berkesempatan pulang ke rumahku yang tercinta kat Permatang Badak.
Yela.. dah masuk bulan Ramadhan ni, nak la jugak berpuasa dengan family tersayang.
So, here are some of my holiday..

KHAMIS, 12 OGOS 2010 :
> Aku bertolak dari KL pukul 5 petang. Naik bas Bulan Restu, seat no 21, RM22.00.
> Berbuka puasa kat R&R di Lebuhraya Pantai Timur. Makan roti ngan air tin je.
> Sampai rumah dalam pukul 8.30 malam. Aku malas nak turun kat terminal so aku turun kat masjid depan rumah aku. Pastu, bapak aku amik kat situ.
> Malam tu aku just rehat kat rumah. Family aku semua gi terawikh.

JUMAAT, 13 OGOS 2010 :
> Bersahur dengan nasi lemak.
> Time sembahyang jumaat, aku dapat lepak ngan adik angkat aku, Syaqirin kat masjid. Memang happy gak la.
> Lepas sembahyang tu aku tak gi mane-mane, agak bosan gak la. Ingat nak jumpe ngan adik angkat aku, tapi dia sibuk ngan kawan die. So, lonely la.
> Petang aku gi bazar ramadhan ngan adik aku. Beli ayam percik, air tebu, laici kang, murtabak.
> Balik dari bazar tu, aku lepak ngan member aku kat padang.
> Berbuka puasa dengan mee mamak. Best giler..
> Malam gi terawikh ngan family aku.

SABTU, 14 OGOS 2010 :
> Bersahur dengan mee mamak.
> Siangnye aku pun tak gi mane-mane. Tolong ibu buat kerja kat rumah, tengok tv, kemas bilik.
> Petang lepak kat padang ngan member.
> Berbuka puasa dengan rojak mee.
> Malam gi terawikh.

AHAD, 15 OGOG 2010 :
> Bersahur dengan nasi lauk ayam.
> Paginye dalam pukul 11.30 aku gi jumpe ngan adik angkat aku, Khairul kat padang. Yela.. aku pun dah lama tak jumpe ngan budak tu. So, dengan kata lain lepas rindu la. Time tu ada Ijan ngan Apis.
> Aku bertolak pulang ke KL pukul 2 petang. Bas Plusliner, seat no TC, RM21.90.
> Untuk pertama kalinya aku dapat seat kat tingkat bawah bas 2 tingkat. Dapat rasa perbezaan duduk tingkat bawah ngan tingkat atas.
> Time tu aku dapat rasa macam ada beban kat atas, so rasa bas tu macam susah nak gerak. Hehehe.. Aku pikir balik, harap la dapat seat bawah lagi pas nie.

So, overall aku happy sangat dapat balik rumah berpuasa ngan family aku.
Tapi ralat sikit sebab tak dapat masa dengan adik-adik angkat aku.
Dan yang paling penting sekali, aku dapat makan nek bak. Makanan favourite aku.
Ibu masak memang best.. Thanks mum, love u..

Tuesday, August 10, 2010

persiapan sebelum puasa..

Bulan Ramadhan bulan bagi umat Islam, kita dikehendaki berpuasa iaitu bertahan daripada melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa.
Tapi kalau tanye orang lain, dieorg mesti jawab bulan puasa ni dilarang makan. Hahaha..

Sebelum berpuasa nie, mesti ramai dah buat persiapan.
Ada yang bersiap untuk menambahkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T.
Ada yang takut, khususnya bagi kanak-kanak. Yela.. takut tak berdaya, kan tak boleh makan waktu siang.
Ada yang mula mencongak juadah puasa. Padahal, puasa entah penuh entah tidak. Huhu..
Tapi kita sebagai umat Islam, kena lah berpuasa penuh. Puasa tu kan wajib.
Jangan la kita Islam hanya pada nama. Selagi kita masih bernafas, banyakkan lagi ibadat pada Allah S.W.T.

Aku pun mengaku yang ibadat aku tak cukup lagi, hehehe.. so kena la pertingkatkan.

Bagi golongan kanak-kanak mereka pasti bersedia dengan kalendar masing-masing.
Yelaa.. congak hari puasa, bila la nak raya. Dengan kata lain, countdown.
Mula-mula je rasa penat, dah lama nanti dieorg mesti dah biasa. Dah tak rase puasa tu.

Lain cerita tentang stesen-stesen penyiaran.
Ada yang bersedia untuk menyiarkan waktu berbuka puasa dan sahur bagi seluruh Malaysia.
Ada yang menyiarkan iklan-iklan berkaitan bulan puasa, ada gak menyiarkan iklan pasal raya. Belum apa-apa lagi dah raya. Tapi bagus la, semangat raya tu dah ada.
Ada gak menyiarkan rencana tentang Islam.
Sekurang-kurangnya dengan menonton bahan macam tu, orang ramai dapat meningkatkan lagi tahap iman dalam diri mereka.

Bagi masjid-masjid lak, pasti golongan dewasa terutamanya ustaz-ustaz dah bersedia untuk menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawikh.
Tapi terpulang kepada individu untuk menghadirkan diri atau tidak.
Ada gak antara mereka yang datang hanya untuk berbuka puasa. Bila tiba masa untuk bersembahyang tarawikh, entah hilang ke mana.

Jadi, harapan agar puasa tahun lagi bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Selamat Berpuasa.

Sunday, August 8, 2010

kejohanan bolasepak piala pengarah KPM Beranang..

Alhamdulillah.. Tanggal 8 Ogos, 2010 berakhirlah sudah kejohanan bolasepak bagi merebut piala pengarah di kolej aku.
Kejohanan tu berlangsung selama 2 hari bermula 7 Ogos 2010.
Aku bermain utk pasukan salah sorang senior aku, Idzqar Romlan. Tapi biasa org panggil Is.
Nama team kteorg lak, Kura-kura F.C.. Haha...
So, di peringkat kumpulan, first game lawan team No Name F.C., menang 1-0. Alhamdulillah... Aku mencatat nama sebagai penjaring dalam match tu.
Second match lawan team laleon F.C., menang 2-0. Kali ni Anip score 2 gol tu.
Di pusingan ke 2 lak, semi-final lawan team Kioo Kickers. Menang tipis 1-0 hasil jaringan Bon.
Final round lawan team Awang Cafe F.C.. Seri 0-0.
Kteorg menang match ni melalui sepakan penalti 4-3.

Hadiahnye..
First : Hamper + RM150..
Second : Hamper + RM100..
Third : Hamper..
Forth : Hamper..

So, kteorg bagi-bagi duit hamper tu sama rata.

Wednesday, August 4, 2010

practice make perfects..



Training a.k.a. latihan..
Dalam dunia ni semua orang pernah buat latihan. Memang menipu la kalau sseorg tu mengaku yang dia tak pernah buat sebarang latihan.
Tapi kebiasaannya orang dapat latihan dari cikgu kat sekolah. Maksudnya, kerja sekolah la .. So, terpaksa la buat.
Bukan sebab nak lagi mahir, tapi sebab takut kena marah dengan cikgu kalau tak siap.
Macam aku, alhamdulillah.. Semua latihan aku dapat siapkan dalam masa yang ditetapkan.
Selain latihan macam tu, ade gak latihan dari segi lain.
Contohnya, latihan bolasepak. Tapi zaman sekarang orang panggil football training.
Chewaah..
Masuk hari ini, 4 Ogos 2010 adalah hari yang ke-4 aku mengharungi training bola kat kolej aku. Untuk ready menghadapi friendly match against Kolej Lagenda.
Aku fikir balik, ada la dalam 2 tahun dah aku tak pernah training bola.
Last aku training, time form 4. Kat STAR.
Bila aku aku start training ni, rasa kekok sikit. Yela.. dah lama tak buat, rasa lain la jugak.
Tapi bila dah lama, boleh biasakan diri.
Banyak la gak teknik-teknik latihan yang diberi. Tapi penat tu memang ada la.
So, aku harap semua training tu dapat memantapkan lagi diri aku dalam bolasepak. :)

pulang ke mahligai di kuantan..

Minggu lepas aku berkesempatan utk pulang bermalam di rumah aku kat Kampung Permatang Badak. Memang hepy la sebab dah sebulan lebih tak balik.
Rindu giler kat family aku tu.
So, ni adalah sedikit catatan sepanjang cuti tu.

KHAMIS, 29 JULAI 2010 :
> Bertolak dari Stesen Bas Pekeliling. Naik bas Mara Liner, seat no. 2A, RM21.80.
> Sampai lebih kurang pukul 7 malam.
> Berehat di rumah sepanjang malam tu.

JUMAAT, 30 JULAI 2010 :
> Dapat sembahyang jumaat kat masjid kat kampung. Kat situ gak aku dapat jumpa 'adik-adik'' aku. Ajah, Hafizzuddin, Syaqirin, Adli.
> Petang aku lepak dengan Hafizzuddin, kat rumah dia. Hepy sangat-sangat. Banyak benda kiteorg borakkan. Yela, dah lama tak jumpe.
> Main bola dengan kawan-kawan aku kat padang. Time tu la aku amik peluang tanya khabar dyeorg semua. Lagipun dyeorg tu dah macam keluarga aku sendiri. So, aku berhak nak tahu keadaan dyeorg tu.
> Malam nye lak, gi antar ibu aku kat umah nenek sedare aku kat Tanjung Api. Ade kenduri.
> Lepak dengan Hafizzuddin sekali lagi kat umah dia. Sampai pukul 11.30 malam.

SABTU, 31 JULAI 2010 :
> Gi kenduri kat umah nenek sedare. Ibu dengan bapak gi dulu naik kete, tapi aku gi naik moto dengan adik aku.
> Balik dari kenduri gi jalan-jalan naik moto dengan Hafizzuddin. Saje pusing-pusing kampung.
> Petang main bola.
> Malam, gi pasar malam dengan adik aku, Hafizzuddin. On the way balik, hujan lebat. Dah la naik moto je, pastu singgah berteduh kat bus stop. 10 minit pastu, redah je hujan tu. Sampai umah, basah kuyup. Dah lama tak mandi hujan. Hehe,..

AHAD, 1 OGOS 2010 :
> Pagi tu sempat gak jumpa Hafizzuddin. Rasa berat hati nak balik kolej, tinggalkan dia. Tapi nak taknak, kena balik gak.
> Bertolak balik kolej pukul 2.30 petang. Naik bas Plusliner Ekspress, seat no. 9D, RM21.90.
> Sampai ke kolej dalam pukul 8.30 malam.

Wednesday, July 28, 2010

kerja oh kerja..


Hidup ni tak pernah lekang dengan kerja. Tak kisah la kerja rumah ke, kerja sekolah ke, assignment ke, semua tu dikategorikan sbg kerja.
Hari-hari mesti ada je kerja yg baru. Dah abis kerja lama, yg baru datang. Macam tu la roda hidup ini.
Tapi kita kena ingat semua kerja boleh disetelkan, walau susah mana pun.
Cuma bergantung pada diri masing-masing.
Orang cakap.. Nak seribu daya, taknak seribu dalih.
Jadi, kita kalau nak setel kerja tu cepat-cepat, kita sanggup lakukan apa sahaja. Tapi kalau dah rasa malas nak setelkan atau dah malas nak amik tahu pasal kerja tu, hm... macam-macam alasan timbul.
Memandangkan 'kemasukan' kerja ni tak putus-putus, kita jangan la menangguh kerja-kerja tu semua.
Ada masa, setel cepat-cepat. Ini tidak, nak tunggu kerja melambak baru la tergesa-gesa nak setelkan.
'Aduh, menyesal lak tak setel kerja ni awal-awal'. Time tu baru la rase menyesal.
Jadi, amalkan diri kita ini utk selalu menyetelkan semua kerja yg kita dapat.

Tuesday, July 27, 2010

FIFA online..


Huh.. Semenjak dua menjak ni, aku mula beralih ke arah game online.
Yelaa.. asyik ngan game dalam laptop je.. Kadang-kadang tu bosan gak, nak gak try game yg leh dimainkan ngan orang luar.
So, aku download la FIFA ONLINE.
Setengah hari gak la nak menunggunya habis download.
Setakat ni, syok gak la main game tu. Tapi tak la sampai ketagih.
Tak la sampai 24 jam mengadap game tu je.
Orang cakap hanya sekadar melepaskan TENSION.
Tapi tu la, kalau aku takde internet, game ni takleh jalan. So, sementara ada internet ni baik la aku main puas-puas. Haha..

Friday, July 23, 2010

duit 'old skool'..



Tadi masa aku shopping kat Kajang, aku masuk satu kedai. Kedai ni jual duit-duit yg lama.
Kire old skool punye duit la. Semua duit ade. Duit dalam negara, luar negara, dari duit kertas hinggalah duit syiling.
So, tadi aku berminat dengan duit kertas zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. Orang biasa panggil 'duit daun pisang'.
Ke 'duit pokok pisang'?
Ke 'duit daun pokok pisang'?
Lebih kurang camtu la..
1 lagi yg menarik perhatian aku, duit kertas dari negara China.
Tapi tokey kedai tu cerita, dulu duit kertas tu bukan utk urusan niaga, tapi digunakan sbg kupon utk tebus barangan yg lebih bernilai dari negara luar.
Itu dia cerita la.. Tak tahu la betula ke tak.
Tapi ada perkara yg betul-betul menarik perhatian aku.
Collection of Matchbox.
Ala.. kereta kecik-kecik tu, adik-beradik ngan Hot Wheels.
tapi model dye lagi old skool la.. Geram aku.

Lastly, aku beli la not kertas zaman Jepun tu ngan duit kertas dari China tu.
Tapi lepas ni aku cadang nak buat koleksi duit-duit lama. Kalau ada rezeki, insyaAllah..
Sebab kat rumah aku dah ada koleksi duit syiling.
Moge tercapai hajat aku tu.. :)

cek..

Memandangkan aku study at Kolej Profesional Mara, memang tiap-tiap bulan Mara menyediakan elaun bagi setiap students.
Sebulan lebih kurang dalam RM250, tapi untuk cuti semester dieorg bagi half dari jumlah biasa.
Kawan-kawan aku yg lain semua dapat elaun melalui bank-in, tapi aku sorang je yg still gune cek. So, tiap kali elaun masuk aku kene bersusah payah gi office kolej untuk claim cek tu.

Pernah sekali, awal semester ke-2 2010 dulu, 3 cek aku tak claim. Cek bulan Oktober, November, and Disember 2009.
Yela.. nak claim camne, sebelum tu cuti semester, aku duduk kat rumah. Takkan nak gi kolej semata-mata nak ambik cek.
Awal bulan Februari 2010, baru aku claim semua cek tu. Dari 3 cek tu, 1 je yg da tamat tempoh, cek bulan Oktober. Istilah lain, 'burn'.
Haha.. Sebab cek ni laku 3 bulan dari tarikh yg dikeluarkan. Takpelah, dah takde rezeki. Pastu, terus aku gi bank, bank-in 2 cek yg still laku tu.

Sekarang ni aku ada 2 cek yg belum di'bank-in'kan. Cek bulan Jun and Julai. InsyaAllah nanti ada masa aku nak bank-in cepat-cepat.
Yelaa.. tak nak la cek tu 'burn' lagi, hehe...
Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yg menentukannya.

Thursday, July 22, 2010

p1 max..



Semalam aku dengan kawan aku, Hasif pergi ke pusat STREAMYX, nak apply untuk masuk internet kat rumah sewa kiteorang. Tapi malangnya, kawasan rumah sewa kiteorg tu memang TM tak pasang kabel telefon.
Tak hairan la aku pun tak pernah dengar bunyi telefon rumah jiran-jiran aku berdering.
Pastu, kiteorg pun pergi ke Tesco. Nak tahu pasal P1Max, tapi salesman dia lak takde.
Punye la tension kiteorg nie, geram rase. Ada je hal yg nak halang niat kiteorg nie.
Petang tadi kiteorg 5 orang 1 rumah tu sama-sama la pergi Kajang, nak apply P1max.
Tapi sebelum nak pergi tu, kereta Hasif pulak buat hal, aduyaaiii...
Macam-macam.. Tapi alhamdulillah, lepas kereta tu dah boleh hidup kiteorg pergi la Kajang tu. Apply P1max, jalan-jalan jap, pastu balek rumah pasang modem P1max tu.
Lastly, kiteorg semua online.
So, hari ini hari first aku ngan kawan2 aku gune p1max, daftar atas nama aku. haha.. So, lepas ni boleh la aku nak cari bahan untuk assignment.
Senang la sikit, coz sebelum nie aku ulang-alik masuk kolej nak guna internet.
Huhu.. yang penting bila2 masa aku boleh online, FACEBOOK.. Paling penting boleh la updated blog aku nie..

Friday, July 16, 2010

portugal tersungkur..

Portugal oh Portugal.. Tak dapat nak tengok jadi juara Piala Dunia 2010. Kalah dengan Juara Eropah 2008, Sepanyol di pusingan ke-2, di peringkat 16 pasukan terakhir. Kalah 1-0 je. Tapi memang down la team feveret aku kalah.

Portugal diundi dalam Group G bersama Brazil, Ivory Coast, Korea Utara. First game peringkat kumpulan lawan Ivory Coast. Match agak fight la, seri 0-0. Next game lawan Korea Utara. Menang besar, 7-0. Malam tu aku tak tengok match tu sebab pergi surau. Sebelum pergi, 1-0. Tapi lepas aku sampai rumah balik dari surau tu, dah 5-0 dah. Sempat la tengok lagi 2 gol tu. Last game lawan Brazil, seri 0-0. Nasib baik layak ke next round.

Next round jumpa Sepanyol, kalah 0-1. Kalau tak silap, gol Sepanyol minit 83, scored by David Villa. Geram giler..

Germany power jugak la. Kat pusingan ke 2, menang dengan England 4-1, pastu belasah Argentina 4-0. Tapi kalah dengan Sepangol 0-1 kat semi-final.

Holland lak maintain je performance dyeorg. Paling best dyeorg menang 2-1 dengan Brazil. Kat semi-final menang 3-2 dengan Uruguay. Then, dapat melayakkan diri ke final, menentang Sepanyol.

Akhirnya, Sepanyol dinobatkan juara dunia. Menang 1-0 ke atas Holland. Gol Sepanyol hadir pada minit ke 116, scored by Iniesta. Germany lak dapat tempat ke 3, menang 3-2 ke atas Uruguay.

Brazil akan jadi tuan rumah Piala Dunia 2014.

kembali..

aduyaaaii... dah lama dah rasanye tak mem'blog'kan diri ni. Dah dekat 3 bulan dah. Banyak hal yang nak kena setel. Tapi alhamdulillah, semua tu dapat diselesaikan. Banyak benda yg terjadi. Ada yang manis, pahit, lucu. Sampai nk meng'online'kan diri pon tak sempat.

Tapi aku harap lepas ni, aku ada masa nak update blog aku nie.. Sekarang ni aku da masuk semester ke 3 di kolej profesional mara ni. Da kire senior gak la.. huhu...
Pointer aku pon dah makin meningkat, alhamdulillah. So, study hard lagi lepas ni. Moga aku dapat kejayaan. Amin...

Sunday, April 11, 2010

adat kehidupan di dunia..


Bila kita sayang orang itu,
Kita gaduh dengan dia, kita diam je,
Tapi dia heboh 1 dunia,
Hati kita kate takpe, dia tension tuu,..

Bila kita sayang orang itu,
Kita mesej nak tahu keadaan dia macam mana,
Tapi dia sengaja tak nak balas,
Bila dah jadi begitu,..
Hati kata, takpe, dia penat tu,..

Bila kita sayang orang itu,
Kita bercerita dengan dia,
dia buat endah tak endah je..
Tapi bila dia bercerita dengan kita,
Kita dengar, kita ingat setiap patah perkataan yang dia sebut,
Hati kata takpe, sayang la katakan..

Bila kita sayang orang itu,
Kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan,
Adil ke?
Hati kata, bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang itu,
Kita jadi macam orang gila bila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia boleh enjoy dengan kawan-kawan dia,
Hati kata, ala.. biar la dia nak berseronok..

Bila kita sayang orang itu,
Kita sayang nak tinggalkan dia buat selama-lamanya..
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit, dia kata kepada kita,
Alaa.. sakit biasa-biasa je tu,
Hati kata, mesti dia gembira kalau aku dah 'tiada' nanti..

Bila kita sayang orang itu,
Kita tak sanggup tengok dia derita walau sedikit pun,
Tapi dia tak pernah hargai diri kita,
Hati kata, dia sedar tak betapa kita sayang sangat kat dia???

Bila kita sayang orang itu,
Kita sanggup mengalah demi kebahagiaan dia,
Tapi dia tahu tak sebesar mana pengorbanan kita??
Hati kata, takpe,.. janji insan yang aku sayang bahagia..

Dan..

Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya,
Dia datang ziarah pusara kita,
Dia kata..

Dia mintak maaf sebab pernah mengata kita,
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia pasal kesalahan kita,
Dia mintak maaf sebab pernah tak hiraukan mesej kita,
Dia mintak maaf sebab pernah tak dengar luahan hati kita,
Dia mintak maaf sebab tak pernah hargai pengorbanan kita,
Dia mintak maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita,
Dia mintak maaf sebab tak pernah tengok penderitaan kita,
Dia mintak maaf sebab selalu pentingkan diri dia sendiri,

Bila kita sayang orang itu,
Kita buat segala-galanya demi dia,
Tapi dia tak pernah faham..

Dan..

Bila kita tinggalkan dia,
Dia datang pada kita dan berkata,

Sorry..

Sorry??? selepas lukakan hati kita?

Bila kita sayang orang itu,
Kita kata takpe lah,
Aku dah tinggalkan dunia,
Moga dia bahagia tanpa kite..

tapi ada dia ada buat sesuatu untuk kita?
ada dia hargai pengorbanan kita untuk dia...??
dia lagi bahagia dengan dunia ini tanpa aku..

Dan hati kita kata..
takpe lah, apapun yang dia buat,
Kita tetap sayang dia,,
Kita sayang dia untuk selama-lamanya, sampai bila-bila pun..
bile kita cakap kita sayang dia lebih daripada diri kita,
dia kata kita saja nak ambil hati dia..
pada hal dia tak tahu, kita memang sayang dia macam nak mati...

kalau boleh, kita nak buat semua untuk dia kalau kita mampu..

SELAMA-LAMANYA...

Saturday, April 3, 2010

rahsia hati..





Erm.. rahsia hati. Aku hanya insan yang lemah, tapi punyai sebuah impian, yang punyai keinginan tertentu. Diri aku hanya sederhana, bersahaja, dan aku adalah aku. Perkara yang paling penting dalam diri aku adalah KASIH SAYANG.

Kebiasaan aku suka lepak kat padang sekolah rendah kat kampung aku. Memang ramai la orang kat sana time petang2. Biasanya member2 aku pon ada sekali, main bola ramai2. Memang tiap petang tak pernah miss main bola. Dalam masa yang sama, budak2 pun tak terkecuali juga beriadah time waktu petang macam tu. Kiranya memang meriah la padang sekolah rendah kat kampung aku yang diberi nama Kampung Permatang Badak.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Ini tentang kisah diri aku sendiri. Diri aku dan insan2 di sekeliling aku terutamanya budak2 di padang tu. Aku sebenarnya dah lama perhatikan mereka semua. Dan dalam kalangan mereka tu, ada yang baik, nakal, degil, aktif, pendiam, dan banyak lagi la karakter diaorg.

Nak dijadikan cerita, ada di antara mereka aku jadikan sebagai adik angkat aku. Dan insan tersebut adalah Ahmad Adli, Muhammad Amirull Syaqirin, Ahmad Syahmi, dan Syeikh Muhammad Aizat. Aku anggap mereka semua ini macam adik aku sendiri. Aku sayang mereka sepenuh hati aku. Dan aku sanggup lakukan apa sahaja demi mereka. Memandangkan Syaqirin dah lama jadi adik angkat aku, so dia merupakan 'adik' sulung aku. Then aku amik Syahmi sebagai 'adik' ke-2 aku, followed by Adli dan 'adik' bongsu aku adalah Aizat. Syaqirin dan Syahmi, darjah 6. Adli, Form 1 manakala Aizat pulak darjah 5.

Jauh dalam hati, aku harap sangat2 yang mereka tahu dan mengerti bahawa aku betul2 sayang pada mereka semua tu. Tapi malangnya, aku tak nampak pengertian sebenar dalam diri mereka. Mereka seperti menganggap yang aku saja2 amik mereka sebagai adik angkat aku. Dan bagi aku, mereka ini adalah adik aku dan bukan adik angkat aku. Tapi semua ini tak bermakna yang aku pinggirkan budak2 yang lain, sebab dalam masa yang sama, aku jugak anggap budak2 yang lain tu macam adik aku sendiri. Cuma caranya berbeza dengan cara terhadap 'adik2' aku.

Aku rasa akulah insan yang bertuah sebab dapat 'adik' aku semua nie. Gembira sangat dan aku pastikan waktu petang aku tak sia-sia dengan melayan setiap karenah mereka semua. Aku rasa tenang dan gembira bila berdampingan dengan mereka. Dan aku sanggup tak main bola dengan kawan2 aku yang lain semata-mata nak meluangkan masa dengan 'adik2' aku tu. Dan aku harap mereka pun seperti aku. Aku memang dah ajar mereka dari dulu, tiap kali kami berjumpa mereka mesti salam dan cium tangan aku. Yang itu masih kekal sampai sekarang. Alhamdulillah...

Aku selalu bagi nasihat, tapi kadang2 mereka tak mendengarnya. Dalam hati aku, kecewa pun ada, tapi nak marah orang yang kita sayang, tak sampai hati pulak. Aku ada jugak larang mereka daripada bermain bola dengan orang yang lebih tua daripada mereka. Yelah.. cara orang2 tua main agak kasar. Takut la apa2 jadi kat 'adik2' aku. Tapi larangan aku tu tak diendahkan mereka. Rasa macam diri aku ni tak dihargai. Tapi fikir balik yang mereka tu adalah 'adik' aku, aku mengalah je. Biarkan mereka seronok bermain walaupun hati aku ni tak seronok dengan keadaan macam tu. Tiap kali mereka tak dengar nasihat aku, hati aku akan rasa seduh, susah hati, risau. Tapi aku cuba sembunyikan perasaan itu daripada pengetahuan mereka.

Aku cuba jadi 'abang' yang terbaik bagi mereka. Kadang2 aku pun dah tak reti lagi macam mana nak buat bagi menyedarkan mereka yang aku betul2 hargai diri mereka dalam hidup aku. Aku selalu berdoa agar Tuhan panjangkan umur hubungan adik beradik kami. Mereka lah yang buat aku gembira, senang hati, tersenyum. Dan mereka jugalah yang buat aku rasa sedih, marah, risau, susah hati. Walau apa pun mereka tetap 'adik' aku.

Lastly, aku harap sangat2 mereka akan sedar yang selama ni mereka ada 'abang'. Aku hanya berdoa agar Tuhan bukpintu hati mereka tentang semua ni. Mereka ni lah insan yang penting dalam hidup aku dan aku tak mahu kehilangan mereka.


ADLI, SYAQIRIN, SYAHMI, AIZAT....
Baik buruk mereka, mereka tetap 'adik' aku yang paling aku sayang...

Saturday, March 27, 2010

dek kerana kumbang..



Jam menunjukkan pukul 2 pagi, aku sedang bermain gitar sambil bersembang dengan rakan sebilik aku, Hasif. Keadaan sunyi sebab semua student sedang lena diulik mimpi. Sedang leka aku bermain gitar, tetiba terdengar 1 bunyi yg aneh. Dalam hati aku dah berdebar.

"Tu la bunyi yg ganggu aku dari tadi" Hasif berkata.

Kami pun terus mencari punca dari mana datangnya bunyi tersebut. Cari punya cari, rupa2nya ada seekor kumbang belakang loker Hasif. Besar jugak la saiznya. Tapi bunyi memang pelik sangat. Hasif pun start la cerita pasal hantu, ada hantu yg orang panggil pelesit, menyamar jadi kucing la dan binatang lain2. Pastu dia kaitkan cerita itu dengan kumbang ni. Konon2nya pelesit dah masuk dalam badan kumbang ni la. Aku pun macam percaya, tapi macam tak percaya. Sebab benda2 macam ni tak boleh percaya sangat, tapi jugak tak boleh la tak percaya terus.

Pastu, kami try la cari idea camne nak halau kumbang ni ke luar bilik. Dek kerana mind-set kami dah terfikir benda ni 'hantu', so kami buat cara kasar sikit la. Hasif bakar lilin, pastu dia titikkan cairan lilin tu ke atas kepak kumbang. Meraung kumbang tu dengan bunyi aneh dia tu. Masa tu dah meremang dah bulu roma aku ni.

Last2, kami buang 'benda' tu dengan penyodok dan penyapu. Bilik kami tingkat 2, so kami campakkan kumbang tu ke tingkat 1. Dan tak semena-mena, ada seekor kucing, terus gigit kumbang yang lemah tu dan bawanya lari entah ke mana. Aku dan Hasif pun try la kejar kucing tu yg lari ke belakang blok kami.

Tapi malangnya, kucing tu hilang tanpa dikesan. Agak terkilan jugak la. Tapi sedar tak sedar, kami ambil masa lebih kurang 1 jam semata-mata nak buang makhluk Allah nie dari bilik kami. So, kami tidur pukul 3, dalam keadaan yg agak takut la.. hehe..
Aduyaaaii...

KUMBANG..

Monday, March 15, 2010

kehadiran mereka pernah mewarnai hidup aku..


Tahun 2008, tahun penentu arah tuju hidup aku, SPM.. Exam paling penting dalam hidup aku. Ketika itu, aku still belajar di sekolah berasrama penuh di Perak. Dan 2008 itu adalah tahun ke-5 aku di sana. So, dah 4 tahun aku menimba ilmu di sana, bersama rakan-rakan aku yg lain. Dan selama itu juga lah, hari demi hari aku tidur beramai-ramai sebilik dengan kawan-kawan aku. Yelah, namanya asrama, so semua tidur dalam dorm. Kiranya mereka tu pun dah macam keluarga aku sendiri. Susah bersama2, senang bersama2. Blok Rumah Hijau yg kami duduk tu pun dah macam rumah ke-2 kami. Kitaorg dah seperti sebuah keluarga yg besar.

Nak dijadikan cerita, tahun 2008 aku ditakdirkan tinggal di blok yg sama bersama beberapa kawan aku yg lain. Tapi semua kawan2 aku yg lain tinggal di blok matriks, blok yg dikhususkan untuk pelajar form 5. So, aku terpaksa lah 'berpisah' dengan mereka semua. Dalam hati aku nie, punya la memberontak, memang aku plan aku nak pindah ke blok matriks dalam masa terdekat nie. Nak duduk dengan kawan2 aku yg lain. Motif aku kena stay di blok lama tu sebab aku kena jaga budak2 form 1 yg baru yg akan masuk daftar nanti. Aduhh... Mengeluh aku. Tapi nak buat camne.. Terima je..

Form 1 baru dah masuk, so secara tak langsung aku kena la bagi tunjuk ajar kat mereka tu semua. Dan bermula dari itu lah, aku rasa yg mereka betul2 perlukan seseorang untuk membimbing mereka, menjaga meraka, bagi nasihat kat mereka. Biasa lah, banyak org, banyak ragam. So, aku dapat tengok la pelbagai ragam diaorg tu semua. Yela.. baru form 1, org ckp still fresh.. Then, diaorg kena la start belajar berdikari sendiri. Dalam tak sedar, aku rasa gembira sangat tinggal dengan diaorg tu. Kerenah diaorg tu sikit sebanyak dapat release tension aku belajar. Rasa tenang hati bila tengok gelagat mereka. Dan hati aku pernah terdetik untuk terus tinggal kat blok tu sampai hujung tahun.

Dalam masa yg sama aku amik 6 org daripada mereka sebagai adik angkat aku. Diaorg semua Marwan, Izzuddin, Aizat, Ariff, B.Shabir, dan Luqmanul. Dieorg nie aku anggap lebih dari adik angkat aku, dah macam adik kandung aku dah. Dan dieorg pun dah anggap aku sebagai abang mereka. Bagi aku, diaorg nie lah segala-galanya bagi aku kat sekolah tu. Dalam hati aku, aku sanggup berkorban apa saja demi mereka. Dan aku terfikir, baru aku sedar aku ditakdirkan still stay kat blok yg sama tue sebab Allah kurniakan aku insan2 seperti mereka untuk aku. Aku sayangkan mereka.

Tiap malam aku tidur lewat, selalunya aku akan pastikan yg adik2 aku tidur dulu. Sebelum tidur, dyeorg msti salam, cium tangan aku. Pastu aku start study, since dorm aku ngan dorm diaorg sebelah menyebelah je, dalam pukul 1 or 2 pagi aku masuk dorm dyeorg. Selimutkan mana budak yg tak berselimut. Yela.. Tidur, mana nak sedar. Tiap2 hari aku buat camtu, dalam pukul 3 pagi baru la aku dapat tidur. Bagi aku, apa yg aku buat semua tu buat aku rasa gembira, baru la tenang aku nak tidur.
Pernah sekali 1 malam tu, kebiasaannya pukul 11.30 malam sume peajar dah kene ada atas katil masing2, tapi Marwan still tak balik2. Aku punya la risau, Tuhan je yg tahu takut nyr aku masa tu. Pukul 12, dye still tak balik, so aku pun terus keluar try cari dye. Last2 aku jumpe dye kat surau sekolah. Tertidur, dengan buku2 sebelah dye. Dalam hati aku, bersyukur sangat2. Aku kejutkan dye, then kiteorg balik dorm. Malam tu aku teman dye tidur skjap, pastu baru la aku stdy, and then tidur ngan hati yg senang.

Aku selalu pesan kat dyeorg semua, kalau ada apa2 masalah bagitaw aku. Jangan diam je, tp alhamdulillah.. Dia ikut pesan aku tu, tapi selalunya masalah tak besar mana, setakat masalah study or life kat sana je. At least, aku ni diperlukan jugak. Hmm...
Aku ada jugak marah dieorg kalau ada buat salah, tapi tu semua untuk kebaikan dieorg jugak. Aku tak nak la, senior2 sekolah tu da cop adik2 aku tu budak bermasalah. Nanti lain pulak jadinya. Tapi selama aku jadi 'abang' dieorg, ada jugak la aku dengar ada orang lain yg tak suka aku rapat dengan adik2 aku tu. Then, aku pikir lantak la, dieorg takde adik, aku ada adik, so, aku akan buat mana yg patut. Aku ada terpikir, kita nak buat baik pun salah, buat jahat pun salah. Aku pun tak tahu nak buat apa. Aku just try untuk jadi abang yg terbaik untuk diaorg semua, sebab aku sayangkan mereka.

Bulan 2, B.Shabir pindah sekolah. Dia terpaksa quit atas sebab tertentu. Tapi, sebelum dia pergi, dia tak bagi tahu kat aku pun. Yang dia tinggalkan, sepucuk surat. Itu pun dia bagi kat Aizat suruh pass kat aku. Lepas baca surat tu, mengalir jugak la air mata aku. Yela... Orang yg dah kita sayang, tetiba pergi tinggalkan kita. Siapa yg tak sedih... Tapi nak buat macammana, aku hanya mampu bersabar. Berdoa untuk kesejahteraan dia. So, skrang tingal 5 org je adik aku.

Selepas 4 bulan diorg jadi adik aku, keadaan sedikit berubah. Dieorg dah tak nak dengar nasihat aku lagi dah. Semua dah tak macam dulu lagi, aku pun tak tahu kenapa jadi camtu. Aku cuba cari apa masalah yg jadi punca semua nie, tapi diaorg tetap camtu, dah berubah. Izzuddin, kalau dulu dia asyik dengan karenah dia yg buat aku gembira, tapi skarang dah takde dah itu semua. Dia pun dah kurang berinteraksi dengan aku, macam aku ada buat 1 kesalahan yg besar terhadap dia. Marwan, dulu kalau ada apa2 hal atau masalah, org yg pertama dia cari adalah aku. Sebagai abang dia, aku akan buat apa sahaja demi dia. Tapi sekarang, aku bukan org pertama dia dah, dia akan ikut gerak hati dia je. Apa yg dia nak buat, dia akan buat. Nasihat aku nie takkan dipedulikannya. Aizat, dia pun dah macam tak suka dah aku jadi abang dia, seolah-olah dia tak nak aku wujud dan ganggu hidup dia. Luqmanul dah amik keputusan, dia dah tak nak jadi adik aku dah, so, aku lepaskan dia. Dah itu yg dia nak. Dan Ariff pun ikut langkah Luqmanul, aku still ingat lagi, masa tu pukul 4 petang, hari Khamis, aku tengah belajar subjek Kimia, Ariff hantar mesej kat aku yg dia pun dah tak nak jadi adik aku lagi. Fine, tapi aku reply balik, aku nak jumpe dia dan dia setuju. Aku jumpa dia petang tu jugak, aku cakap yg aku setuju ikut kehendak dia walaupun hati ni berat. Then, start hari tu adik aku cuma tinggal 3 org je. Marwan, Izzuddin, Aizat.

Tapi still sama, dieorg tetap dengan perangai dyeorg. Langsung tak dengar nasihat aku, tak hormat aku sebagai abang dia atau sekurang-kurannya sebagai senior mereka. Hati aku nie rasa hancur sangat. Diaorg langsung tak hargai pengorbanan aku, tak pernah terpikir tu semua. Aku memang tak pernah mintak apa2 pun balasan dari dieorg, tapi siapa yg tak sedih bila diri nie tak dihargai. Ada jugak aku terfikir nak pindah blok tapi ingatkan balik budak2 form 1 yg lain, yg masih perlukan aku, aku matikan hajat aku tu. So, aku teruskan lah hidup aku dengan hati yg tabah. Mungkin Allah nak uji aku. Tiap hari aku berdoa supaya Allah tabahkan hati aku.

Sampai la hujung tahun, keadaan tetap sama. So, aku amik keputusan untuk lupakan semua benda tu and focus kat study aku. Lantak la.. Bukan dah putus asa, tapi dah penat, hampir 6 bulan masalah sama je yg aku pikir. Biar la dieorg nak hargai aku ke tak. Aku cuma buat mana yg patut and mana yg mampu aku buat. Mungkin diaorg jadi camtu sebab tak sedar yg aku sayangkan diaorg macam adik aku sendiri. Dan mungkin aku memang tak layak jadi abang diaorg.

So, aku harap 1 hari nanti Tuhan buka pintu hati dieorg untuk sedar akan semua benda yg dah berlaku kat diaorg selama nie. Dan aku doakan dieorg semua berjaya dalam hidup diaorg, dunia akhirat. Aku pun sekarang nak mulakan hidup baru, diaorg pun mungkin dah tak ingat pasal aku lagi. So, aku pun tak nak pikir apa2 lagi la pasal semua tu. Aku berdoa agar aku dapat kesejahteraan aku sendiri. Amin..

Aku hanya ingat, kadang kala orang yang kita pernah sayang dah tidak perlukan kita lagi, tetapi kita yang masih memerlukan mereka.. Dan tak salah kalau kita nak berkorban demi apa atau siapa pun, tetapi jangan kita yang terkorban di akhirnya.. Tapi kadang kala kita jugak perlu tinggalkan perkara yang kita sayang..



BERDIRI DARI KIRI : Eddy, Ariff, Ibnu, Fito (prefect), Berg, Faiz, Abu, Marwan, Rafiqi, Raja.
DUDUK DARI KIRI : Irman, Tasnim, Izzuddin, Wan Hafizan.
TIADA DALAM GAMBAR : Aizat, Luqmanul Hakim, Amir Safwan, B.Shabir.

Friday, March 12, 2010

benda dah jadi..


Petang tadi aku dapat mesej dari Teh. Dia suruh aku bukak fb, tgk pic Ajah yg eksiden. Aku bukak la, tgk pic dia tu, tetiba je aku rase lain macam. Risau, takut, geram, kesian, semua ada. Campur2... aduyaaii...

Tapi benda dah jadi kan? So, aku pon tak leh buat apa. Berdoa pada Allah supaya 'adik' aku tu cepat sembuh. Nasib baik minggu depan cuti penggal. So, cuti seminggu la. Aku harap cuti nie dia rehat betul2.. biar la cepat sembuh. Ajah.. Ajah..
Hmmmm.. 'adik' aku sorang nie..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..