Sahabat..

Sunday, January 9, 2011

sembahyang itu tiang agama..


Entry aku kali ini berkaitan dengan agama kita yang murni lagi suci iaitu Islam. Aku terdetik mahu sentuh bab agama sebab aku ada melakukan dosa pada awal pagi tadi.
Semua manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa.
Pagi tadi aku tertinggal solat Subuh, terlajak tidur. 'Alarm' handphone aku dah bunyi. Dek kerana syaitan yang bergayut pada bulu mata aku, menyebabkan kelopak mata aku menjadi sukar nak terbuka. Tambahan pula dengan perasaan mengantuk aku yang membuak-buak, membuatkan tangan aku tanpa segan-silu menutup 'alarm' handphone aku itu.
Terus tidur tanpa mengerjakan suruhan Dia.

So, berdasarkan daripada apa yang aku cerita, aku percaya masih ramai umat Islam yang di luar sana tidak solat Subuh. Bukan itu sahaja, solat wajib yang lain pun belum tentu mereka lakukan.
Bukan aku nak cakap yang aku ni alim sangat sampai mengata kat orang macam itu, tapi hakikatnya memang macam itu.

Susah sangat ke nak sembahyang nie? Kenapa kita boleh luangkan masa untuk pasangan kita dengan masa yang lama, tetapi untuk sembahyang tidak? Cuba luangkan sedikit masa untuk menghadap Yang Maha Esa. Bukan sampai sejam pun, tak sampai 10 minit dah siap.
Sebab hidup mati kita tetap kepada Dia.
Ustaz aku pernah bercerita, kalau diikutkan sebelum ini jumlah solat untuk umat Islam lakukan seharian adalah 50 waktu. Sehinggalah berlakunya peristiwa dimana jumlah solat berkurangan sehingga hanya 5 waktu sehari. Itu pun kita masih tak mampu lakukannya.

Ibu aku selalu pesan, nak buat apa pun, buat la. Yang penting jangan tinggal sembahyang.

Aku pun ada pesan kat adik-adik angkat aku yang lain, jangan tinggal sembahyang. Dan aku harap mereka tidak meninggalkan sembahyang walau 1 waktu pun.



Allah S.W.T menceritakan di dalam Al-Quran, bahawa ahli syurga, Ashabul Yamiin telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud :

" Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke neraka? Dan mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan yang bersolat."


Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, yang bermaksud :

" Sesiapa yg memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya kepada sesiapa yang tidak memeliharanya, nescaya tiada nur baginya. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir'aun, Haman, dan Ubai bin Khalaf."
Hadis riwayat Ahmad, at-tabrani dan Ibnu Hibban.


Daripada Jabir R.A. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud :

"Sesungguhnya meninggalkan solat adalah (perkara yang menghubungkan) seseorang itu dengan kufur."
Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya.



Aku ada terbaca 1 artikel tentang nisbah dosa meninggalkan sembahyang :

Untuk sembahyang subuh, jika kita meninggalkannya, kita akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka. Tempoh masa itu bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.

Dosa meninggalkan sembahyang zuhur diibaratkan seperti dosa membunuh 1000 jiwa orang umat Islam.

Bagi sembahyang asar pula, dosa meninggalkannya adalah seperti kita meruntuhkan Kaabah.

Jika kita tidak mengerjakan sembahyang maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya( bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).

Dan akhir sekali, jika kita meninggalkan sembahyang isyak, Allah tidak redha kita hidup di bumi ini dan digesa kita supaya mencari bumi yang lain.


Jadi, aku harap Allah teguhkan iman dalam diri aku dan aku juga dapat menjadikan diri aku seorang umat Islam yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Sembahyang itu tiang agama.

2 comments:

IMANSHAH said...

Salam Afdholl

Moga pengalaman di bumi star berguna untukmu

adol ihsan said...

wasalam, cikgu ..

InsyaAllah, pengalaman 5 tahun di STAR banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar .. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..