Sahabat..

Sunday, March 13, 2011

Amaran TSUNAMI..


Seperti yang kita sedia maklum, negara matahari terbit, Jepun telah ranap dihempas ombak jahat yang dikenali sebagai TSUNAMI. Negara yang paling utara itu telah digegarkan oleh 1 gempa bumi berukuran 8.9 pada sekala Richter yang kemudiannya tercetusnya tsunami setinggi 10 meter yang telah memusnahkan beribu-ribu tempat tinggal di beberapa bandar di kawasan pantai negara itu dan mengorbankan banyak nyawa.


Sekarang aku berada di rumah saudara aku di Paka, Terengganu untuk memeriahkan majlis perkahwinan saudara sebelah ibu aku. Perjalanan dari Kuantan ke sini memakan masa selama 2 jam. Dalam keadaan hujan, aku memandu dengan berhati-hati. Sampainya di rumah saudara aku itu, aku menghempaskan diri aku ke katil untuk berehat.

Seketika tadi, aku dikejutkan dengan berita bahawa kawasan Paka diletakkan dalam situasi yang berjaga-jaga. Seorang ahli bomba telah datang ke rumah saudara aku ini untuk menyampaikan berita tersebut. Kami sekeluarga masing-masing takut. Dalam pada itu, semua penghuni di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu telah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa. Sebelum ini pun, kawasan pesisiran pantai di Terengganu telah diletakkan dalam keadaan yang berjaga-jaga.

Siren di pelantar minyak di Kerteh sudah beberapa kali dibunyikan menandakan ada sesuatu yang bakal berlaku. Hanya 1 perkara yang bermain dalam fikiran aku, tsunami bakal melanda di kawasan yang aku duduki sekarang. Perasaan aku ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa takutnya, panik, semua perasaan itu ada. Nak menangis pun ada.

Ketika aku melalui kawasan pesisiran pantai tadi, kelihatan ombak yang menghempas pantai seperti biasa sahaja. Tiada tanda-tanda yang luar biasa. Namun aku kena ingat, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Allah Maha Besar.

Semoga bencana alam itu tidak terjadi di negara Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan aku sekarang ini. Amin..

4 comments:

white rose said...

ya ALLAH...risau dengar keadaan mcm ni...

semua kena ambil langkah berjaga2...

semoga semuanya selamat senantiasa dibawah RahmatNYA...

adol ihsan said...

white rose :

insyaAllah, moge semua dalam keadaa baik2 aje .. :)

nabilah_2908 said...

masa bomba maklumkan berita ni...majlis tengah berlangsung ke..?

minta2 lah..negara kita terselamat...

tp itu semua kusa Allah...bila Dia kata..Jadi...maka Jadilah...

jom ke APA KATA HATI pulak,
AYAM BERMACAM AYAM

adol ihsan said...

nabilah :

waktu itu malam, kami sedang buat persiapan untuk majlis esoknya..

Moga negara kita dilindungiNya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..