Sahabat..

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Guru..

Contest yang aku ingin sertai ini adalah sebuah contest yang dianjurkan oleh guru aku semasa di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Contest pertama beliau yang bertemakan 'HARI GURU'

Nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan syarat penyertaan, klik DI SINI untuk singgah ke blog beliau.


16 Mei, tarikh di mana semua guru seluruh Malaysia disambut dengan ceria. Sambutan yang dijalankan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang tak pernah jemu dan berputus asa demi mendidik anak-anak murid. Pengorbanan yang dilakukan semata-mata ingin melahirkan insan-insan yang cemerlang pada masa akan datang.

Adatlah ketika mengajar ada pelajar yang kena marah, maki hamun oleh cikgu. Tapi dikata cikgu itu garang, tak ikhlas nak mengajar. Kerja nak marah aje. Namun, para pelajar masih lagi belum sedar bahawa marah itulah tanda gurunya sayang akan diri mereka. Kalau tidak, masa kan pula guru itu cuba untuk mengubah diri anak muridnya supaya menjadi insan yang lebih baik.

Mereka tak pernah jemu mendidik kita. Membantu kita dalam pelajaran. Membantu kita di alam persekolahan. Aku masih ingat, ketika aku di tadika, berusia 5 tahun. Ketika itu, aku tak dapat menghafal ejaan nama aku. Hampir tiap hari aku menghadap cikgu aku untuk diajar menulis nama aku dengan betul. Terbukti keikhlasan hati mereka dalam peranan mereka mendidik aku.

Namun masa berjalan dengan begitu pantas, pejam celik kita dah berjaya. Berjaya menggenggam kejayaan yang kita impikan selama ini. Daripada siapa kita berjaya? Daripada guru kita, guru yang mengharapkan anak muridnya cemerlang dalam hidup. Mereka tak mengharapkan apa-apa balasan pun daripada kita, mereka hanya berharap mereka boleh berkongsi kejayaan dengan anak muridnya.

"Terima kasih kepada cikgu atas ilmu yang dicurahkan kepada para pelajar, dan semoga mereka terus mendidik selagi terdaya demi melahirkan insan-insan yang berguna"


"TANPA CIKGU, TIADALAH ILMU..

TANPA ILMU, SIAPALAH KITA.."


SELAMAT HARI GURU..

13 comments:

IMANSHAH said...

thanks adhol

adol ihsan said...

Cikgu :

Huhu.. same2,,

Jey said...

bagus gak contest ni..
peserta buat entri yg ada msej yg ingin disampaikan..

gud luck ye adol..

ibundo said...

siapalah kita tanpa guru. Good luck untuk contest.
Selamat hari lahir. Acik terlepas pandang akan tarikh birthday adol.Semuga menjadi insan yang baik di dunia dan di akhirat.

ibuintan said...

moga berjaya.

Anonymous said...

Selamat hari guru buat semua tenaga pengajar. Semoga keikhlasan dan usaha anda semua diberkati :)

adol ihsan said...

hafzan sarah :

Join la jugak, senang je..

Thanx,, :)

adol ihsan said...

kakpah :

Terima kasih, mudah-mudahan..

:) jemput la join contest ni..

adol ihsan said...

ibuintan :

teima kasih, ibu.. huhu,,

:)

adol ihsan said...

Miss Tira :

Moga usaha mereka mendidik pelajar diberkati..

:)

Nur Liyana said...

heheh..teringat cikgu2 yana!!!huhuhu

adol ihsan said...

nur liyana :

Pergi la jumpe cikgu2 yana tu.. :)

teratai said...

good luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..