

Yang menjadi persoalannya, kenapa tiba-tiba pakcik dia sibuk pasal hal ini? Alangkah ayah Roslan sendiri tak ambil kisah bila aku rapat dengan Roslan, inikan pula pakcik dia. Ayah Roslan sendiri yang tahu serapat mana hubungan adik beradik angkat kami dan aku juga selalu bermain bolasepak dengan ayahnya tiap-tiap petang. Tapi kenapa pakcik dia yang melarang aku daripada rapat dengan Roslan? Aku bingung. Punca kenapa dia melarangnya pun aku tak tahu.
Roslan yang berusia 14 tahun telah menjadi adik angkat aku sejak awal tahun ini. Aku kenal dengan dia dah lama ketika aku bermain di padang bolasepak di kampung aku. Kami agak rapat. Yelaa.. 'adik-beradik' kan. Aku pun selalu bagi nasihat pada dia. Sebagai abang, kena la bagi yang terbaik untuk adik. Apa guna ambil dia sebagai adik angkat aku kalau tak menjaganya dengan baik. Selain dia, ada juga beberapa rakan-rakan Roslan yang lain yang agak rapat dengan aku. Sebab tiap-tiap petang kami selalu bermain bolasepak bersama di padang sekolah. Kami dah seperti sebuah keluarga yang besar. Aku pun dah anggap mereka semua itu macam adik aku sendiri. Masalah, suka dan duka, kenangan, semua itu kami kongsi bersama.
Tapi yang peliknya, kita sebagai manusia kalau nak buat baik pun ada halangannya. Ada sahaja perkara yang dapat membataskan perbuatan baik kita itu.
Buat baik salah, tak buat baik pun salah.
Inilah roda kehidupan, kadang kala apa yang kita harapkan tak akan menjadi. Ada ketika apa yang kita buat akan memperoleh hasil yang baik, dan ada juga sebaliknya. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan semuanya. Orang ada cakap, Tuhan akan bersama dengan kita apabila niat kita baik untuk melakukan sesuatu perkara itu.
Aku cuma buat apa yang aku rasa perkara itu harus, seperti memberi nasihat yang baik kepada adik-adik angkat aku selain mendidik mereka kepada perkara-perkara yang positif. Memang tak dinafikan mereka semua itu telah mempunyai ibu dan bapa mereka yang mampu mendidik anak-anak mereka. Dan didikan itu adalah lebih baik daripada didikan aku. Tapi bagi aku, tak salah kan kalau aku juga turut serta dalam melahirkan insan yang cemerlang pada masa hadapan. Insan-insan itu semua bukan orang lain pun, adik-adik angkat aku juga.
Tapi yang pastinya, ada sahaja perkara yang menghalang aku daripada berbuat yang demikian. Sebagai contoh dengan apa yang terjadi kepada aku seperti yang aku cerita di atas. Nak buat baik, tapi ada pihak yang menghalang. Habis itu, takkan nak biar sahaja perkara yang tak sepatutnya berlaku di depan mata aku? Sebab tanggungjawab yang aku rasa wujud dalam diri aku itulah yang membuatkan aku sudi menjaga budak-budak itu semua yang juga 'adik-adik' aku.
Teruskan dengan perkara baik yang dilakukan selama ini atau berhenti daripada berbuat demikian dan berdiam diri?
Fikir-fikirkan..
Dan semoga jalinan ukhwah yang terjalin antara aku dan adik-adik angkat aku akan terus subur hendaknya.
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..