Sahabat..

Thursday, March 31, 2011

Ke-TINGGI-an aku ter-BANTUT-kah?

Ketika aku sedang khusyuk mendengar pensyarah aku mengajar di hadapan kelas, terdengar sahabat aku di sebelah kanan aku mengeluh :

"Aduuhaai.. rendah betul meja ni.. Lemah betul aku kalau bab meja rendah-rendah camni.."

Sahabat aku tu memang agak tinggi orangnya. Aku fikir pun, memang susah la kalau dia nak menulis memandangkan saiz meja yang rendah macam itu. Nasib baik aku ni tak berapa nak tinggi. Bila la masanya aku nak tinggi macam sahabat aku tu? Kawan-kawan aku yang lain pun semuanya dah tinggi-tinggi.

Aku ada 1 gambar yang nak dikongsikan dengan anda sekalian. Gambar aku bersama junior-junior yang sempat aku snap ketika di acara STAR Gold Rush Athletic Circuit 2011 di sekolah bintang aku.

Junior-junior aku..
Dari kiri : Tasnim, Izzuddin, Eddy, Adol Ihsan
Duduk : Ridhuan

Ada apa dengan gambar ini? Haa.. Kalau anda semua perasan la kan, aku yang berkepala botak yang sedang memegang sepanduk 'HIJAU' itu berada dalam golongan yang agak rendah berbanding dengan 4 orang junior aku yang lain itu. Budak yang kat bawah itu, memang la rendah sebab dia duduk. :)
Mungkin junior aku yang paling tepi itu sama rendah dengan aku kot.

Kalau berdasarkan umur, memang aku lagi tua dari diaorang semua itu. Tapi kenapa diaorang lagi tinggi dari aku? Ishh... tak leh jadi ni, tak aci macam ni. Junior mana boleh tinggi daripada senior. Hehe.. Sekarang ada 2 kemungkinan. Adakah tumbesaran diaorang makin meningkat, atau tumbesaran aku terbantut? Haha..

(Rendah nya aku..)

Haa.. gambar kat atas yang 1 lagi ni, aku bersama junior yang pernah jadi adik angkat aku semasa dia berada di tingkatan 1 di sekolah bintang itu dan masa tu aku tingkatan 5. Tapi sekarang ni dia dah tingkatan 4 dah. Kejap je masa berlalu.

Yang menjadi masalahnya, KENAPA DIA LAGI TINGGI DARIPADA AKU?

Masa dia tingkatan 1 dulu, tinggi dia paras bahu aku je. Kira kalau dia nak bercakap dengan aku, dia kena mendongak la dan aku pulak kena tunduk sikit. Tapi sekarang ini semua dah terbalik dah. Aku pulak kena mendongak sikit kalau nak bercakap dengan dia. Sebab itu bila aku bercakap dengan dia, aku buat-buat pandang kat tempat lain. Tidaklah nampak sangat yang aku ni kena mendongak kat muka dia. Yang paling penting, tidaklah nampak sangat yang aku lagi rendah daripada dia. Haha.. ke aku ini tak cukup kalsium? So, kena makan yogurt 'calciYUM' banyak-banyak la ni biar jadi tinggi. Macam kat TV tu. Hehe..

Tapi apa-apa pun, aku kena bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan pada aku sekarang ni. Kalau tinggi sangat, nanti tak muat nak masuk rumah. Kena tunduk kepala sikit, tak pun terus terhantuk dek pintu tu. Alhamdulillah dengan apa yang aku ada.

Ingat, jangan mengeluh dengan apa yang kita dapat sebab tiap semua itu mesti ada kelebihannya yang tersendiri. Syukur aku pada Yang Maha Kuasa atas kurniaan Dia pada kita.

Wednesday, March 30, 2011

contest : PEREMPUAN / LELAKI MELAYU TERAKHIR


Contest lagi. Contest PEREMPUAN/LELAKI MELAYU TERAKHIR adalah contest yang ke-4 telah aku sertai. Jom tengok syarat-syarat penyertaannya DI SINI.

So, gambar yang aku mahu pertaruhkan adalah :

(jejaka yg memakai baju melayu itu adalah diriku..
dan yang kat sebelah aku itu? Hehe..)


(diapit oleh gadis-gadis melayu terakhir)

Kenapa saya mahu join contest ini?

Sebagai menghargai usaha penganjur contest ini yang sudi menganjurkan contest yang berkaitan dengan pakaian tradisional. Lagipun, boleh mengenang kembali memori kita ketika memakai pakaian tradisional ini. :)

Tagline dari Adol Ihsan :

"Pakaian tradisional melambangkan siapa diri kita di sebalik pakaian tersebut."

Rakan blogger yang saya mahu tag :


Monday, March 28, 2011

Usaha MEMANG Tangga Kejayaan..

Salam semua..

Tak sempat nak post entry yang panjang-panjang. Agak sibuk la semenjak dua menjak ni. Waahh.. lama dah tak guna istilah menjak-menjak nie. Masih lagi dalam proses 'pembikinan' tugasan yang melambak-lambak. Sampai tak sempat nak singgah ke blog rakan-rakanku yang lain.

Aku ni pun baru pulang dari shooting filem moc meeting bagi tugasan untuk subjek English aku. Shooting lagi? Sebab rakaman yang terdahulu tak memuaskan hati. So, kena reshoot balik.

Untuk hari ini, aku main tidur aje dalam kelas, mengantuk. Pensyarah tengah menyanyi mengajar di depan, aku ditemani dengan mimpi sedap je melepak di belakang kelas.

"Sedapnya kamu tidur.." puji perli pensyarah aku tu. Aku pun segan-segan je.

Dah mengantuk sangat, tidur pukul 4 pagi. Sibuk siapkan tugasan untuk kejayaan aku sendiri. Tapi orang ada cakap, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Moga apa yang aku usahakan selama ini membuahkan hasil.

Usaha MEMANG tangga kejayaan..


Mesyuarat tergempar..!!

Hujung minggu yang sungguh memenatkan. Aku dan beberapa orang rakan seperjuangan di kolej sedang bertungkus lumus menyiapkan assigment yang telah diberi oleh pensyarah kami. Sampai susah nak cari masa untuk berseronok untuk seketika. Namun, usaha tetap diteruskan sampai semua kerja kami siap.

Buat masa sekarang ini, aku sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kumpulan aku yang lain untuk menyiapkan moc meeting yang perlu dihantar dalam masa 2 hari lagi. Sepatutnya, tugasan untuk subjek English ini perlu dihantar sehari lepas. Dek kerana salah seorang ahli kumpulan kami dijangkiti demam campak, terpaksa la kami postpone tarikh hantarnya.

Baru sebentar tadi kami siap merakam lakonan kami sebagai ahli-ahli korporat yang menjayakan sebuah mesyuarat. Dan sudah tentu ada babak-babak yang tak menjadi. Kelakar. Tugasan ini perlu dihantar dalam bentuk VCD. Sebab itu kami sibuk mencari camcoder yang berkualiti tinggi dengan harapan kami akan dapat hasil rakaman yang terbaik.

InsyaAllah, akan aku upload video nya.


Sunday, March 27, 2011

KIRI ke KANAN ?

Entry ringkas aku untuk pagi yang sangat ini. Dengan rajinnya aku meneruskan usaha menyiapkan assignment aku yang agak tertangguh. Dalam keadaan yang selesema. Tiba-tiba lapar, terus makan maggi, curry flavour. Dah habis makan, terus ke toilet untuk gosok gigi.

Malangnya,
Aku tersilap melangkah dengan kaki kanan.

Mengapa boleh jadi begitu? Entah. Aku pun tak tahu. Tapi aku masih sempat baca doanya.


Saturday, March 26, 2011

Buat BAIK pun SALAH..

Aku dikejutkan dengan 1 panggilan telefon daripada seorang pakcik kepada adik angkat aku, Roslan. Aku pun tak tahu siapa nama pakcik ini. Tanpa memberi salam, dia terus memaki hamun aku. Marah kerana aku rapat dengan Roslan. Aku yang masih bingung ketika itu tak tahu nak cakap apa. Dia memberi amaran kepada aku supaya jangan sesekali lagi rapat dengan si Roslan. Aku pun hanya mengiakan sahaja dan terus meminta maaf kepada dia. Aku malas nak melawan atau bertekak dengan pakcik itu. Mungkin aku tak mahu perkara ini berpanjangan dan aku cuma mengalah. Atau mungkin aku hormat dia sebagai orang yang lebih tua daripada aku. Tapi kalau dah dia pun tak hormat orang yang lebih muda daripadanya, bagaimana aku pun nak hormat kepada dia?

Yang menjadi persoalannya, kenapa tiba-tiba pakcik dia sibuk pasal hal ini? Alangkah ayah Roslan sendiri tak ambil kisah bila aku rapat dengan Roslan, inikan pula pakcik dia. Ayah Roslan sendiri yang tahu serapat mana hubungan adik beradik angkat kami dan aku juga selalu bermain bolasepak dengan ayahnya tiap-tiap petang. Tapi kenapa pakcik dia yang melarang aku daripada rapat dengan Roslan? Aku bingung. Punca kenapa dia melarangnya pun aku tak tahu.

Roslan yang berusia 14 tahun telah menjadi adik angkat aku sejak awal tahun ini. Aku kenal dengan dia dah lama ketika aku bermain di padang bolasepak di kampung aku. Kami agak rapat. Yelaa.. 'adik-beradik' kan. Aku pun selalu bagi nasihat pada dia. Sebagai abang, kena la bagi yang terbaik untuk adik. Apa guna ambil dia sebagai adik angkat aku kalau tak menjaganya dengan baik. Selain dia, ada juga beberapa rakan-rakan Roslan yang lain yang agak rapat dengan aku. Sebab tiap-tiap petang kami selalu bermain bolasepak bersama di padang sekolah. Kami dah seperti sebuah keluarga yang besar. Aku pun dah anggap mereka semua itu macam adik aku sendiri. Masalah, suka dan duka, kenangan, semua itu kami kongsi bersama.

Tapi yang peliknya, kita sebagai manusia kalau nak buat baik pun ada halangannya. Ada sahaja perkara yang dapat membataskan perbuatan baik kita itu.

Buat baik salah, tak buat baik pun salah.

Inilah roda kehidupan, kadang kala apa yang kita harapkan tak akan menjadi. Ada ketika apa yang kita buat akan memperoleh hasil yang baik, dan ada juga sebaliknya. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan semuanya. Orang ada cakap, Tuhan akan bersama dengan kita apabila niat kita baik untuk melakukan sesuatu perkara itu.

Aku cuma buat apa yang aku rasa perkara itu harus, seperti memberi nasihat yang baik kepada adik-adik angkat aku selain mendidik mereka kepada perkara-perkara yang positif. Memang tak dinafikan mereka semua itu telah mempunyai ibu dan bapa mereka yang mampu mendidik anak-anak mereka. Dan didikan itu adalah lebih baik daripada didikan aku. Tapi bagi aku, tak salah kan kalau aku juga turut serta dalam melahirkan insan yang cemerlang pada masa hadapan. Insan-insan itu semua bukan orang lain pun, adik-adik angkat aku juga.

Tapi yang pastinya, ada sahaja perkara yang menghalang aku daripada berbuat yang demikian.
Sebagai contoh dengan apa yang terjadi kepada aku seperti yang aku cerita di atas. Nak buat baik, tapi ada pihak yang menghalang. Habis itu, takkan nak biar sahaja perkara yang tak sepatutnya berlaku di depan mata aku? Sebab tanggungjawab yang aku rasa wujud dalam diri aku itulah yang membuatkan aku sudi menjaga budak-budak itu semua yang juga 'adik-adik' aku.

Teruskan dengan perkara baik yang dilakukan selama ini atau berhenti daripada berbuat demikian dan berdiam diri?

Fikir-fikirkan..

Dan semoga jalinan ukhwah yang terjalin antara aku dan adik-adik angkat aku akan terus subur hendaknya.

Thursday, March 24, 2011

Rezeki kamu setakat ini sahaja..

Pada suatu tengahari, perut aku mula berkeroncong meminta diisikan sesuatu. Aku dan beberapa kawan aku pun terus ke cafe kolej untuk menikmati juadah tengahari. Bak kata omputih, lunch. Lauk yang menjadi pilihan, nasi putih dan ikan keli celup tepung bersama kuah masak kicap. Meleleh air liur dibuatnya. Selepas itu, aku pun terus mengambil tempat untuk makan. Tapi sebelum aku makan itu kena baca doa. Hehehe.. :)

Makan punya makan, perut dah kenyang. Tapi nasi dalam pinggan macam banyak lagi. Takkan nak buang macam itu je? Membazir pula. Membazir itu kan amalam syaitan. Last-last, aku mintak satu polisterin dari makcik cafe itu untuk aku bungkuskan makanan yang aku tak dapat habiskan itu. Boleh makan untuk petang nanti. Lagipun, memang selalu juga aku buat macam itu. Bila tak habis je, aku bungkus. Takdelah membazir sangat.

Yang sedihnya, bila aku sampai je di rumah sewa aku itu, baru aku perasan yang aku tertinggal bungkusan makanan tadi di cafe kolej sana. Aisey.. Macam mana boleh tertinggal? Kalau nak patah balik pergi ambik makanan itu semula, comfirm makcik cafe itu dah clearkan meja makan itu. Dengan makanan aku itu dia clearkan sekali.

Tak mengapalah En. Adol Ihsan, tiada rezeki untuk kamu hari ini.

Ingat, bersyukur dengan apa jua nikmat yang kita perolehi. :)


Berhari raya di tepi pantai..


Lokasinya di Pantai Sepat dan waktunya adalah pada waktu siang. Hehehe..
Gambar ini sempat disnap ketika aku dan rakan-rakanku ke daerah Pekan, Pahang untuk melawat seorang rakan kami, Iqram. Rumahnya agak terpencil di dalam kawasan ladang kelapa sawit, membuatkan kami sukar untuk menjejaknya. Macam National Geographic la pulak.

Kami ke sana dengan menaiki 2 buah kereta. Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di tepi pantai ini untuk menghirup udara segar, lepak-lepak sesama kami, dan kami juga bermain pasir. Huhu..

Tapi kenapa kami berpakaian Baju Melayu? Yang sebenarnya, ketika itu adalah Hari Raya Aidilfitri. Kira kami datang beraya di rumah si Iqram ni la. On the way balik, kami singgah 'beraya' di tepi Pantai Sepat ini. Yang sedihnya, kuih rayanya dah habis.

Cuba teka, yang mana 1 Adol Ihsan? :)

Wednesday, March 23, 2011

Terlupa 'renew' lesen memandu..

Siapa yang terlupa itu? Hehe..

Bapaku bertanya :

"Lesen kereta abang 'mati' bila?"

"Tak sure la, 23 haribulan 3 kot.." aku menjawab dengan slumber.

Bapaku tak berkata apa selain memesan kepada aku supaya jangan lupa renew lesen itu sebelum tamatnya cuti kolej aku. Aku hanya mengiakan sahaja.

3 hari sebelum aku pulang ke kolej, bapa aku meminta lesen memandu aku itu untuk direnewkan. Aku pun dengan lantas mengambilnya dari dalam dompet aku dan terus bagi kat bapa aku.

Tiba-tiba bapaku bersuara.

"Ya Allah, lesen ni dah 'mati' lama dah ni. Apa abang ni, takkan tak sedar?"
"Hah..!?" aku tersentak, terkejut.

Rupa-rupanya lesen aku itu dah 'mati' 3 haribulan 3 dulu. Memang dah lama dah. Macam mana aku boleh tak sedar? Aku pun terus flashback balik apa yang berlaku selama ini.

Aku dah drive kereta ke hulur ke hilir tanpa rasa bersalah.
Aku dah drive kereta dari Kuantan ke Terengganu dengan hati yang gembira.
Aku dah drive kereta dengan lesen yang tak berapa nak sah.

Aku pun tak tahu nak cakap apa. Specchless. Tergelak aku dibuatnya.
Nasib baik takde apa-apa yang berlaku. Nasib baik tangan aku masih suci daripada surat saman Tok Polis.

Tapi sekarang lesen aku dah fresh dah. Jadi, aku boleh merayau-rayau dengan hati yang senang.


Tuesday, March 22, 2011

Sujud Sajadah..

Pagi tadi sewaktu kelas Agama Islam, ustazah aku ada menyentuh hal yang berkaitan dengan sembahyang. Tapi aku leka bermain game dalam handphone kawan aku. Haa.. itu adalah keburukan membawa handphone ke dalam kelas. Orang sibuk menuntut ilmu, kita sibuk layan perkara yang tiada faedah itu.

Berbalik kepada cerita aku, sedang leka aku bermain game, tiba-tiba ustazah bercerita tentang Sujud Sajadah. Sujud Sajadah atau Sujud Tilawah adalah perbuatan sujud yang dilakukan oleh seseorang itu apabila bertemu dengan ayat sajadah dalam bacaan Al-Quran sama ada di dalam solat atau di luar solat.

Lantas, aku terus teringatkan kembali ketika aku bersekolah di sekolah bintang sejak 2004, Sujud Sajadah ini selalu aku lakukan ketika bersembahyang Subuh secara berjemaah di surau sekolah tiap hari Jumaat. Memang menjadi rutin, imam yang juga dari kalangan pelajar akan membaca surah yang ada ayat Sujud Sajadah. Jadi, waktu sembahyang subuh itu akan menjadi lebih panjang berbanding hari-hari biasa. Ada juga pelajar yang ketika sujud itu, tak bangun-bangun sebab tertidur. Aku pun pernah juga terjadi macam itu. Mengantuk punya pasal. Kadang-kala kalau teringat balik, kelakar juga. Dalam sembahyang pun boleh tidur.

Kali terakhir aku melakukan Sujud Sajadah adalah pada tahun 2008. Dan sampai sekarang aku dah kurang melakukan Sujud Sajadah. Mungkin ketika bersolat, aku tak hafal surah yang ada bacaan Sujud Sajadah itu. Atau mungkin diri aku sendiri yang malas? :(


Monday, March 21, 2011

Kepala-kepala bulat..


Gambar ini disnap ketika tamatnya Kem Jabatan Pertahanan Awam yang aku sertai bersama rakan-rakanku yang lain di Seremban, Negeri Sembilan. Semua peserta kem diwajibkan memBOTAKkan kepala mereka. Oppss.. untuk peserta LELAKI sahaja.

Termasuklah aku. Dengan rasa hati yang sangat berat, terpaksalah aku mengucapkan selamat tinggal kepada rambutku yang panjang. Bulat terus kepala aku. Jelas terasa ringan nya.

Cuba teka, yang mana satu kepala Adol Ihsan? Haha..

Sunday, March 20, 2011

Bulan Mac : Fokus..

Musim cuti untuk diri aku dah pun sampai di penghujungnya. Bermulalah tugas aku sebagai pelajar untuk mengejar kejayaan yang aku impikan selama ini. Dah tak boleh nak main-main lagi.

FOKUS..!!

Bermula dengan assignment pertama untuk subjek Database. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah aku itu perlu dihantar pada hujung bulan Mac ini. Aku dikehendaki ke sebuah syarikat untuk menemubual bos syarikat itu tentang sistem yang digunakan dalam mengendalikan data-data yang terdapat dalam syarikat tersebut.

Kedua, assignment untuk subjek System Analysis. Tugasan ini juga perlu dihantar pada hujung bulan Mac ini. Aku dikehendaki menemubual bos syarikat roti atau kek untuk mendapatkan maklumat bagaimana data-data yang berkaitan dengan produk-produk mereka disimpan.

So far, 2 interview aku kena buat.

Tugasan yang seterusnya, untuk subjek English, aku dan beberapa kawan aku dikehendaki mengendalikan 1 meeting ala-ala company style. Kami perlu merakam meeting kami dan menghantarnya dalam bentuk VCD kepada pensyarah. Perlu diantar pada pertengahan bulan Mac ini.

Tugasan terakhir untuk bulan Mac ini adalah assignment untuk subjek Programming Concept. Aku perlu mencipta 1 sistem yang boleh digunakan oleh orang ramai. Apa konsep untuk sistem itu? Aku tak tahu lagi, sebab pensyarah belum maklumkan secara terperinci lagi.

Kesimpulannya, aku ada 4 tugasan yang perlu diselesaikan dalam bulan Mac.



Good Luck, Adol Ihsan..

Sunday, March 13, 2011

Amaran TSUNAMI..


Seperti yang kita sedia maklum, negara matahari terbit, Jepun telah ranap dihempas ombak jahat yang dikenali sebagai TSUNAMI. Negara yang paling utara itu telah digegarkan oleh 1 gempa bumi berukuran 8.9 pada sekala Richter yang kemudiannya tercetusnya tsunami setinggi 10 meter yang telah memusnahkan beribu-ribu tempat tinggal di beberapa bandar di kawasan pantai negara itu dan mengorbankan banyak nyawa.


Sekarang aku berada di rumah saudara aku di Paka, Terengganu untuk memeriahkan majlis perkahwinan saudara sebelah ibu aku. Perjalanan dari Kuantan ke sini memakan masa selama 2 jam. Dalam keadaan hujan, aku memandu dengan berhati-hati. Sampainya di rumah saudara aku itu, aku menghempaskan diri aku ke katil untuk berehat.

Seketika tadi, aku dikejutkan dengan berita bahawa kawasan Paka diletakkan dalam situasi yang berjaga-jaga. Seorang ahli bomba telah datang ke rumah saudara aku ini untuk menyampaikan berita tersebut. Kami sekeluarga masing-masing takut. Dalam pada itu, semua penghuni di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu telah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa. Sebelum ini pun, kawasan pesisiran pantai di Terengganu telah diletakkan dalam keadaan yang berjaga-jaga.

Siren di pelantar minyak di Kerteh sudah beberapa kali dibunyikan menandakan ada sesuatu yang bakal berlaku. Hanya 1 perkara yang bermain dalam fikiran aku, tsunami bakal melanda di kawasan yang aku duduki sekarang. Perasaan aku ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa takutnya, panik, semua perasaan itu ada. Nak menangis pun ada.

Ketika aku melalui kawasan pesisiran pantai tadi, kelihatan ombak yang menghempas pantai seperti biasa sahaja. Tiada tanda-tanda yang luar biasa. Namun aku kena ingat, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Allah Maha Besar.

Semoga bencana alam itu tidak terjadi di negara Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan aku sekarang ini. Amin..

Saturday, March 12, 2011

Cuti sekolah sudah tiba..

Cuti sekolah sudah tiba. Tapi untuk pelajar sekolah sahaja ke? Bagaimana dengan pelajar-pelajar kolej atau universiti yang lain yang turut sama bercuti? Ada ke orang panggil cuti kolej? Atau cuti universiti? Yang biasa kedengaran, hanya cuti sekolah. Tapi tak mengapalah, cuti tetap cuti.

Jadi, bermula hari ini, Sabtu, 12 Mac 2011 merupakan hari pertama musim cuti yang diberikan oleh pihak kolej aku. Cuti selama seminggu yang berakhir pada Ahad akan datang bersamaan dengan 20 Mac 2011.

Apa perancangan aku untuk cuti seminggu ini? Tak tahu lagi, aku pun tak plan apa-apa. Cuma berharap tiada apa-apa perkara yang buruk akan berlaku. Semoga semua baik-baik sahaja. Dan untuk seminggu inilah aku bercuti daripada mengonlinekan diri daripada berbloging dan berfacebook.

Kenapa?

Sebab di rumah aku tiada internet. :)
Kenapa tak ke cyber cafe? Malas. Huhu..

Sehingga bertemu di masa akan datang. Salam..

Wednesday, March 9, 2011

Indah ciptaanNya..

Gambar yang aku snap ini berlatar belakangkan pemandangan Empangan Semenyih. Kebetulan aku menyertai rakan-rakanku yang lain berpicnic di Air Terjun Gabai. Untuk ke sana perlu melintasi empangan ini dan kami singgah sebentar untuk berehat dan ada antara kami yang mengambil gambar termasuk aku.

Pemandangannya yang agak cantik membuatkan hati aku tenang. Ciptaan Tuhan yang tak terperi keindahannya itu sedikit sebanyak membuktikan kebesaranNya di muka bumi ini. Kalau ada peluang, bolehlah aku berkunjung ke sana lagi.

Hajatku tak kesampaian..

Ketika aku datang melawat ke sekolah bintang untuk memeriahkan STAR Gold Rush Athletic Circuit 2011 baru-baru ini, hajat aku untuk bertemu dengan guru yang pernah mengajar aku subjek Sejarah, Cikgu Shahnun tidak kesampaian. Aduyaaii.. agak terkilan.

Mula-mula aku rancang nak jumpa beliau apabila semua acara telah tamat. Dek kerana leka bersama House Green yang dinobatkan sebagai johan keseluruhan, aku terlupa. Jadi, aku ingat nak jumpa dengannya pada sebelah malam ditemani seorang junior aku merangkap 'adik' aku, Mantam. Dia just nak pulangkan kamera cikgu aku itu, alang-alang aku pun nak ikut la sekali. Boleh jumpa cikgu itu terus. Last-last, si Mantam ni boleh pulak pergi jumpa Cikgu Shahnun itu tanpa memberitahu aku terlebih dahulu.

Mantam bagi tahu aku yang cikgu still berada di koperasi sekolah. Nak taknak, aku terpaksa la pergi sorang-sorang. Sampai kat koperasi, gelap gelita. Aisey.. cikgu dah balik. Aku call cikgu. Dia cakap yang dia ada hal yang perlu settle. Jadi, aku rancang untuk jumpa dia pada pagi esoknya, sebelum aku berangkat pulang.

Lebih kurang dalam pukul 10 pagi, aku call cikgu. Nak tahu dia free ke tak, takut mengganggu pula. Namun, nasib tak menyebelahi aku. Dia sedang uruskan pasukan hoki. Haa.. jangan main-main, pasukan hoki cikgu aku ini muncul juara dalam Kejohanan Hoki SBP Zon Utara 2011. Hebat itu. Huhu.

Jadi, memang tak dapat nak jumpa la. Aku hanya sempat berjumpa dengan Cikgu Asiah (Biologi), Cikgu Noridah (Bahasa Melayu), dan Cikgu Fuziah ( Add Math). Tak mengapalah, moga Tuhan mengizinkan aku untuk berjumpa dengan Cikgu Shahnun suatu hari nanti. Mana tahu dapat jumpa ketika Old Boy Weekend 2011 yang akan berlangsung nanti.

InsyaAllah..

(tersenyum beliau..)

Tuesday, March 8, 2011

Entry ke-100..??



Sedar tak sedar, dah banyak dah entry post telah 'terkumpul' dalam blog ADOL IHSAN ini. Dan entry ini adalah ENTRY YANG KE-100 aku.

Waah.. dah 100?

Alhamdulillah. Usaha yang rajin meng'updated' blog ini akhirnya memuaskan hati aku sendiri.

Banyak kisah yang aku kongsi dalam blog ini. Daripada kisah tentang hidup aku, kisah lucu, kisah tentang sekolah dan kolej aku, kisah blogger lain, sehinggalah kisah yang langsung tiada kena mengena dengan hidup aku dikongsikan dalam blog ini. Dan aku boleh dapat rasa keseronokan apabila menceritakan semua itu.

Bermula dengan entry pertama aku yang bertajuk, RUMAH ORANG TUA. Kisah lucu yang aku tulis ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa masing-masing. Disebalik lucu itu, diselitkan juga teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. Boleh dikatakan aku berblogging sambil memberi nasihat. Hehe..

Aku juga pernah menaip 1 entry yang berkisarkan kata-kata hikmah atau kata-kata yang boleh memberikan semangat dalam kehidupan kita. Entry INI sedikit sebanyak berkenaan dengan hidup aku dan sampai sekarang aku masih menggunakan kata-kata itu dalam diri aku.

Dan ada 1 ENTRY yang aku muatkan dalam blog ini menceritakan insan-insan yang pernah aku sayang, yang pernah aku jaga, dan mereka ibarat mutiara dalam diri aku. Mereka semua ini masih menuntut di sekolah bintang, yang juga syurga ilmu aku selama 5 tahun bermula 2004. Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih berhubung dengan mereka, namun antara kami dah tak serapat seperti dahulu.

Selain itu, aku juga pernah menaip 1 entry yang dibuat khas untuk SEKOLAH BINTANG. Entry yang sepenuhnya tentang kehidupan yang berlaku di sana. 5 tahun aku menuntut ilmu di sana, kenangan pahit dan manis aku kongsi di dalam entry tersebut. Dan sampai sekarang aku masih merindui sekolah itu.

ENTRY yang tiada kena mengena langsung dengan diri aku juga pernah aku muatkan ke dalam blog aku ini. Tapi orang cakap, dah kalau tangan itu taknak duduk diam, so kena lah cari bahan untuk diupdatedkan ke dalam blog.

Ada juga aku menyertai BLOG CONTEST yang dianjurkan oleh sahabat blogger aku. Kebanyakan contest yang dianjurkan oleh para blogger adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama yang lain selain menambah kenalan rapat. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya menyertai 3 contest yang dianjurkan oleh 3 orang blogger yang berlainan. Harap ada lagi contest yang baru, boleh aku join. Menang atau kalah aku tak kisah, yang penting kepuasan hati yang aku dapat rasa.

(contest yang dinjurkan oleh hanysapek)

Akhir kata, aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada kalian semua yang sudi follow blog ADOL IHSAN ini. Tak lupa juga kepada blogger-blogger lain yang dah singgah ke blog ini dan meninggalkan jejak anda semua dengan komen-komen yang menarik untuk entry-entry aku. Dan aku juga mengharapkan Tuhan akan memberi keizinan kepada diri aku untuk terus bersama dengan adolihsan.blogspot ini untuk masa yang mendatang.

InsyaAllah. :)

Monday, March 7, 2011

Green Gala De Verte : Battle Cry..

Ini adalah video pertama aku upload ke dalam entry post semenjak aku berkecimpung dalam arena blogger. Video yang sempat aku rakam ketika STAR Gold Rush Athletic Circuit 2011.

Aku sampai di STAR pada sebelah malam, ketika itu kelihatan House Green sibuk berlatih untuk kali terakhir. Format hari sukan tahun 2011 menyaksikan semua rumah perlu mempersembahkan satu pertunjukkan 'Battle Cry' di hadapan penonton.

Aku cuba untuk merakamkan persembahan yang rasmi mereka pada pagi kejohanan itu, namun tak kesampaian. Tengah syok aku rakam, battery kamera aku EMPTY. Tak sempat save, tak sempat habis rakam pun. 'Burn' camtu je..

So, nasib baik aku ada rakaman latihan. Ok la daripada tiada langsung. So, enjoy..

Green Gala De Verte..


Air itu masih SEJUK..

Lagi berkenaan dengan STAR Gold Rush Athletic Circuit 2011. Selepas semua berjalan dengan lancar, acara pun dah tamat, dah tahu siapa JOHAN (mestilah House Green), padang pun dah clear, so, semua pelajar mengambil kesempatan untuk berehat di dorm masing-masing.

Aku pun mahu berehat di blok keramat aku, Green Ville. Nama blok pun dah nampak mewah, walaupun rupa yang sebenar tak seindah dengan nama. Kebetulan waktu Zohor dah masuk, so aku pun terus ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum bersolat.

"Waah.. lama dah tak mandi dalam bilik air ini." hatiku berbisik.
Aku terus bukak kepala paip, tersembur air dengan laju.

(gambar sekadar hiasan. haha..)

Pergghh.. SEJUK gileerrr... Tak berubah. Airnya masih mengekalkan kebekuannya seperti dahulu.

Seronok bukan kepalang hati aku ini. Dapat mandi seperti dahulu. Aku mandi lebih kurang setengah jam. Sejuk?? Biarkan.. dah lama tak merasa.

Cuma 1 perkara yang boleh aku banggakan. Kelajuan air ketika itu makin deras. Kalau tak, blok Green dah sinonim dengan kelajuan air yang agak perlahan bila dibuka kepala paipnya. Sebab itu kalau dahulu, ramai pelajar yang menghuni blok Green akan menumpang mandi di blok Yellow, tak pun di blok White.

Selepas solat, aku terus tidur dalam keadaan yang segar dek kerana air itu.

Diharapkan suhu air di blok Green itu tak turun. Kekalkan tradisi. Haha..

Gugurnya airmata suci ku..

Tajuk entry ini dah macam boleh buat tajuk filem. Huhu.. Sebenarnya ingin ku ceritakan, airmata aku telah pernah mengalir keluar ketika aku berada di bumi sekolah bintang ketika sports day baru-baru ini.

Tatkala jam hampir menunjukkan pukul 6.45 petang, aku berada di bilik rehat Green merenung jauh ke arah padang sekolah. Tenang rasa di hati ini. Tiba-tiba kedengaran bacaan Al-Quran berkumandang dari surau sekolah. Memang menjadi kebiasaan surau sekolah akan memasang kaset orang mengaji. Tak pun, orang berzikir.

(Surau Al-Hamdaniyyah, STAR)

Ketika itulah fikiran aku terus mengenang kembali zaman aku bersekolah di situ. Para pelajar ketika itu sibuk bersiap-siap ke dewan makan untuk menikmati makan malam. Ada yang mandi, ada yang dah ada di surau, ada juga yang masih bermain-main di tepi blok. Oh.. memori.

Dengan tak semena-mena hati aku rasa sebak, rasa macam nak menangis pun ada. Rindu dengan zaman dahulu. Hati aku berdetik, kalaulah boleh diputar kembali masa ini. Kadang-kala bergenang juga air mata aku dan aku terus melayani perasaan rindu aku. Yelah.. bukan selalu dapat rasa perasaan sebegitu.

Sehinggalah azan Maghrib berkumandang, perlahan-lahan rasa rindu, sayu, sebak itu hilang. Aku pun terus bersiap-siap untuk solat.

Aku hanya mampu berharap perasaan RINDU aku terhadap STAR akan terus kekal dalam hiudp aku.

Sunday, March 6, 2011

1st entry : Sports Day STAR 2011..

Alhamdulillah.. 5 Mac 2011, berlangsungnya STAR Gold Rush Athletic Circuit 2011 di padang Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Aku berkesempatan bersama-sama memeriahkan event itu. Junior-junior aku yang beria-ia suruh aku datang, so taknak bagi mereka berkecil hati, aku datang la, nasib baik aku dah ready awal-awal duit untuk perbelanjaan di sana.

Jadi bagaimana suasana di sana? Bagi pendapat aku, sangat meriah. Dengan hiasan khemah yang menarik, kreatif budak-budak STAR ini.

Green House dan Blue House
Black House dan White House
Yellow House

Aku baru perasan tiada gambar khemah house Red, aku terlupa ke ? Hmm..
Aku pun tak ketinggalan menurut sama menghias khemah untuk house Green.

.
Teringat lak zaman dulu-dulu.. :)

Secara keseluruhan, Green banyak mendominasi dalam acara akhir yang dipertandingkan seperti 100 meter, 400 meter, dan 4x100 meter.
Sebelum acara akhir dimulakan

Dan selepas acara berakhir, Green berjaya memungut lagi 5 pingat emas dan menjadikan pingat emas yang terkumpul sebanyak 11 pingat. Beza 1 pingat di belakang house Black yang berjaya meraih hanya 1 pingat emas di acara akhir.

Selain itu, untuk acara kawad kaki memperlihatkan bala-bala tentera dari setiap rumah mempamerkan keseragaman masing-masing. Dengan baju yang ditempah khas, menyerlahkan lagi warna yang mewakili setiap rumah.


Yellow House dan White House

Red House dan Black House
Blue House dan Green House

Akhir sekali, Green dinobatkan sebagai juara keseluruhan STAR Gold Rush Athletic Circuit 2011 dengan berjaya memungut sebanyak 508 mata, 108 mata jauh meninggalkan House Black di tempat kedua.

Tahniah Green..

p/s : insyaAllah akan ku upload gambar-gambar yang sempat di snap.

Kegembiraan dalam Keletihan..


Aku baru pulang dari bumi Ipoh, Perak. 3 hari di sana, melawat sekolah bintang aku yang menganjurkan STAR Gold Rush Athletic Circuit 2011. Pelbagai kenangan dan sejarah telah tercipta sepanjang aku berada di sana.

1001 kisah yang betul-betul bermakna bagi diri aku yang pernah bergelar STARIAN.

Memang banyak aku nak cerita ini, banyak episodnya. Mungkin akan aku post entry-entry tentang event di STAR itu dari semasa ke semasa. Mana mungkin aku dapat ceritakan dalam 1 entry sahaja dan aku pun excited nak berkongsi pengalaman aku di sana.

InsyaAllah, mungkin episod pertama akan bermula pada entry yang berikutnya. :)

Friday, March 4, 2011

adol ihsan : lagi 1 SAGUHATI..

Entry sebelum ini aku ada berkongsi satu kejayaan aku dalam arena blogger ini. Chewaaahh.. Kalau nak tahu kejayaan apa yang telah aku kecapi, sila lihat entry INI.

Rupa-rupanya ada 1 lagi contest yang walaupun aku tak berjaya mendapat apa-apa tempat, tapi layak menerima SAGUHATI. Aku dapat tahu tentang ini pun sebab penganjur contest itu,
WHITE ROSE komen kat entry aku itu. Macam mana aku boleh tak perasan yang aku layak dapat saguhati? Hmm..

Dah rezeki, alhamdulillah ..
Terima kasih, WHITE ROSE.

Sekali lagi...

TAHNIAH ADOL IHSAN..

Thursday, March 3, 2011

adol ihsan : SAGUHATI..

Alhamdulillah..

Sebelum ini aku ada pernah menyertai 3 contest yang dianjurkan oleh bloggers. Dan antara 3 contest tersebut, hanya 1 contest yang berjaya menang. tapi SAGUHATI aje..

Kira ok la tu kan?? Dapat ranking jugak. Hehe..


Contest yang dianjurkan oleh HANYS, yang bertemakan 'Gurauan Terlampau'. So, aku menghantar 1 cerita yang ada kena mengena dengan tema tersebut. Apa ceritanya? Haa.. Klik DISINI.

Keputusan contest itu diumumkan pada 2 March yang lalu. Nak tahu? Lagi sekali, klik DISINI. :)
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada penganjur kerana sudi memilih ADOL IHSAN sebagai pemenang saguhati.

TAHNIAH ADOL IHSAN ..

Wednesday, March 2, 2011

Berfikir Dahulu Sebelum Membeli..


Gambar di atas adalah senarai barang-barang yang hendak di beli oleh aku dan kawan-kawan serumah aku. Dan itu adalah senarai yang pertama kami buat. Mungkin pada masa akan datang kami akan berbincang dan menyenaraikan apa barang keperluan yang akan dibeli.

Rasionalnya? Bagi mengelakkan pembaziran. Dan aku percaya bagi orang yang dah berkeluarga di luar sana, pasti mereka juga akan melakukan yang sedemikian. Waahh.. tatabahasa yang baik.

Akhir kata, dahulukan mana yang diperlukan.

Pisang Tidak Berbuah 2 Kali..

Entry aku sebelum ni pernah menceritakan tentang Honda C70 aku yang telah bergabung tenaga dengan minyak petrol Ron97. Waah.. tu pun secara tak sengaja. Kalau nak tahu ceritanya, klik DI SINI.

Tapi pisang tak berbuah dua kali. Kali ini aku telah memilih minyak yang betul untuk diisi ke tangki minyak C70 aku. Siap FULL lagi tu. Sebelum ini aku memilih Ron97 kerana warna nozzle nya hijau. Warna kegemaranku. Namun, aku terpaksa memilih nozzle yang berwarna kuning, yakni mewakili minyak Ron95.

"Abang.. Pam 8, RM5, warna KUNING.." kataku dengan penuh yakin.

FULL TANK !!

(full tank ..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..