Sahabat..

Wednesday, March 23, 2011

Terlupa 'renew' lesen memandu..

Siapa yang terlupa itu? Hehe..

Bapaku bertanya :

"Lesen kereta abang 'mati' bila?"

"Tak sure la, 23 haribulan 3 kot.." aku menjawab dengan slumber.

Bapaku tak berkata apa selain memesan kepada aku supaya jangan lupa renew lesen itu sebelum tamatnya cuti kolej aku. Aku hanya mengiakan sahaja.

3 hari sebelum aku pulang ke kolej, bapa aku meminta lesen memandu aku itu untuk direnewkan. Aku pun dengan lantas mengambilnya dari dalam dompet aku dan terus bagi kat bapa aku.

Tiba-tiba bapaku bersuara.

"Ya Allah, lesen ni dah 'mati' lama dah ni. Apa abang ni, takkan tak sedar?"
"Hah..!?" aku tersentak, terkejut.

Rupa-rupanya lesen aku itu dah 'mati' 3 haribulan 3 dulu. Memang dah lama dah. Macam mana aku boleh tak sedar? Aku pun terus flashback balik apa yang berlaku selama ini.

Aku dah drive kereta ke hulur ke hilir tanpa rasa bersalah.
Aku dah drive kereta dari Kuantan ke Terengganu dengan hati yang gembira.
Aku dah drive kereta dengan lesen yang tak berapa nak sah.

Aku pun tak tahu nak cakap apa. Specchless. Tergelak aku dibuatnya.
Nasib baik takde apa-apa yang berlaku. Nasib baik tangan aku masih suci daripada surat saman Tok Polis.

Tapi sekarang lesen aku dah fresh dah. Jadi, aku boleh merayau-rayau dengan hati yang senang.


12 comments:

ibundo said...

lesen makcik mati bulan duabelas dulu dol. Tak perasan. Baru dua minggu lepas pergi renew.

gadisBunga™ said...

tak berani nak dedahkan pasal 'lupa renew lesen' lat sini. takut kene spot. heheh~

*gambo kat lesen tu cool. heheh!

adol ihsan said...

kakpah :

ohhh.. kire lesen makcik dah renew la ni? boleh bawak saya jalan2 ..

haha ..

adol ihsan said...

gadisBunga :

hehe.. tak kena spot nye..
dont worry..

haha,,

Jey said...

err sy tak penah ada lesen..sesedap je marayau..
nk mitak lesen mcam kat ats tu satu bole??hehe

adol ihsan said...

hafzan sarah :

boleh.. nanti amik borang dari sy, hantar secepat mungkin ..

hehe..

Surie said...

Salam kenal =)

Nasib baik tak kena tahan dengan incik polisi..hehe~

p/s: Student KPM Kuantan?

adol ihsan said...

surie :

salam kenal.. takpe, sy kamcing ngan polis tu..

hehe..

sy student KPM Beranang.. :)

CikguAreefNaim said...

assalamu 'alaikum,

kan sng kalau lesen ni tuk seumur hidup, cam IC tu klu rosak baru buat baru...

kkdg bukan kita sengaja kan, tp terlupa, sy baru ni renew tuk 2 thn, takut gak wat sampai 2 thn ni jd terlupa gak, hehehe...

adol ihsan said...

cikgu areef :

wasalam..

betul gak tu, takdelah susah2 nak gi renew selalu..

hehe ..

Anonymous said...

Haha, harap lebih peka selepas ini. :)

adol ihsan said...

Miss Tira :

Hehe.. InsyaAllah,, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
adolihsan.blogspot adalah blog aku yang pertama. Segala perkara yang tertulis di dalam blog ini adalah dari naluri hati aku semata-mata. Dan aku memohon maaf jika ada antara perkara-perkara tersebut boleh melukakan hati kalian yang sudi mengunjungi blog ini..